Muhammad Alawi al-Maliki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muhammad Alawi al-Maliki
Kelahiran1944
Meninggal dunia2004 (usia 59-60)
Makkah

Sheikh al-Sharif al-Sayyid Muhammad al-Hasan ibn Alawi ibn Abbas ibn Abd al-Aziz al-Maliki al-Hasani al-'Idrisi al-Makki (1944-2004) ialah ulama' dan sarjana Ahlu Sunnah wal Jamaah yang terkenal dari Arab Saudi. Beliau dilahirkan di Makkah di kalangan keluarga yang dikenali dengan para ulama' yang mengajar di Masjidil Haram. Qabilah Maliki adalah salah satu keluarga yang dihormati dan disegani di kota Makkah serta telah melahirkan para ulama' yang hebat yang mengajar ilmu di Masjid al-Haram untuk berkurun-kurun. Berbekalkan tunjuk ajar dari bapanya, beliau turut belajar pelbagai cabang pengajian Islam tradisional seperti Aqidah, Tafsir, Hadis, Fiqh, Usul, Mustalah, Nahw dan banyak lagi. Ulama'-ulama' dari Mekkah dan juga Madinah telah menganugerahkan beliau dengan Ijazah-ijazah untuk mengajar ilmu kepada orang awam. Adik-beradik beliau iaitu Sayyid Abbas & Sayyid Muhammad Abd al-Hasan juga ialah ulama' tetapi lebih dikenali sebagai pengalun & pembaca Qasidah di Arab Saudi yang mempunyai suara merdu dan lunak.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Ketika berumur hanya 15 tahun, beliau telahpun mula mengajar kitab-kitab Hadis & Fiqh di Masjid al-Haram. Setelah menamatkan pengajian secara tradisional di kota Makkah, beliau telah dihantar oleh bapanya untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran Falsafah (Ph.D.) pada umur 25 tahun, menjadikan beliau warga Saudi yang pertama dan termuda menerima Ph.D di universiti tersebut. Tesis kedoktoran beliau dalam ilmu Hadis diberi pujian oleh ulama' di al-Azhar seperti Muhammad Abu Zahra.

Lima nenek moyang beliau merupakan Imam mazhab Maliki di Masjid al-Haram. Datuk beliau, al-Sayyid Abbas al-Maliki ialah Mufti dan Qadi di Makkah serta juga Imam dan Khatib di Masjid al-Haram. al-Sayyid Abbas memegang jawatan ini ketika zaman pemerintahan Empayar Uthmaniyyah dan juga ketika pemerintahan Hashemite seterusnya kerajaan Arab Saudi pada hari ini. Almarhum Raja Abd-al-Aziz bin Sa'ud sangat menghormati al-Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki. Bapa beliau, al-Sayyid Alawi al-Maliki dianggap antara ulama' kota Mekkah yang tersohor pada abad yang lepas. al-Sayyid Alawi mengajar pengajian Islam di Makkah selama 40 tahun.

Di mana Wahhabisme merupakan cabang rasmi Islam di Arab Saudi, alSayyid Muhammad Alawi al-Maliki tetap dengan pendirian mengamalkan Mazhab Maliki, dan juga merupakan guru yang disanjungi dalam bidang Sufi tradisional. Beliau mempertahankan Ahl al-Sunnah Waljamaah di wilayah Hijaz, Arab Saudi dan sentiasa diselar oleh ulama' tertinggi Wahhabi di Najd. Beliau juga pernah digelar musyrik dalam buku-buku yang ditulis oleh golongan Wahabbi. Golongan Wahabbi juga mengkritik beliau kerana menganjurkan mawlid di wilayah Hijaz.

Meninggal Dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau kembali ke rahmatullah pada tahun 2004 dan majlis pengebumiannya dikatakan yang terbesar pernah dianjurkan dalam tempoh 100 tahun. Selama 3 hari setelah beliau meninggal, stesen radio tempatan hanya memasang bacaan Al-Quran sahaja. Setakat ini, keadaan ini hanya dilakukan untuk beliau sahaja. Bakal Raja Arab Saudi iaitu Raja Abdullah dan juga Menteri Pertahanan & Menteri Dalam Negeri turut menghadiri pengebumian al-Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki.

Ijazah[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat peluang untuk mencedok ilmu dari ulama' terbilang pada zaman tersebut. Di antara ulama' dan sarjana Islam yang telah menganugerahkan Ijazah kepada beliau termasuklah:

Dari Makkah:

  1. Guru pertama beliau iaitu bapanya sendiri, al-Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki
  2. Shaykh Muhammad Yahya Aman al-Makki
  3. Shaykh al-Sayyid Muhammad al-Arabi al-Tabbani
  4. Shaykh Hasan Sa'id al-Yamani
  5. Shaykh Hasan bin Muhammad al-Mashshat
  6. Shaykh Muhammad Nur Sayf
  7. Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani
  8. Al-Sayyid Muhammad Amin Kutbi
  9. Al-Sayyid Ishaq bin Hashim 'Azuz
  10. Habib Hasan bin Muhammad Fad'aq
  11. Habib Abd-al-Qadir bin 'Aydarus al-Bar
  12. Shaykh Khalil Abd-al-Qadir Taybah
  13. Shaykh Abd-Allah al-Lahji

Dari Madinah:

  1. Shaykh Hasan al-Sha'ir, Shaykh al-Qurra Madinah
  2. Shaykh Diya-al-Din Ahmad al-Qadiri
  3. Al-Sayyid Ahmad Yasin al-Khiyari
  4. Shaykh Muhammad al-Mustafa al-Alawi al-Shinqiti
  5. Shaykh Ibrahim al-Khatani al-Bukhari
  6. Shaykh Abd-al-Ghafur al-Abbasi al-Naqshbandi

Dari Hadramawt dan Yemen:

  1. Al-Habib Umar bin Ahmad bin Sumayt, Imam Besar Hadramawt
  2. Shaykh al-Sayyid Muhammad Zabarah, Mufti Yemen
  3. Shaykh al-Sayyid Ibrahim bin Aqeel al-Ba-Alawi, Mufti Ta'iz
  4. Al-Imam al-Sayyid Ali bin Abd-al-Rahman al-Habshi
  5. Al-Habib Alawi ibn Abd-Allah bin Shihab
  6. Al-Sayyid Hasan bin Abd-al-Bari al-Ahdal
  7. Shaykh Fadhl bin Muhammad Ba-Fadhal
  8. Al-Habib Abd-Allah bin Alawi al-Attas
  9. Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafeez
  10. Al-Habib Ahmad Mashhur al-Haddad
  11. Al-Habib Abd-al-Qadir al-Saqqaf

Dari Syria:

  1. Shaykh Abu-al-Yasar ibn Abidin, Mufti Syria
  2. Shaykh al-Sayyid al-Sharif Muhammad al-Makki al-Kattani, Mufti Mazhab Maliki
  3. Shaykh Muhammad As'ad al-Abaji, Mufti Mazhab Shafie
  4. Shaykh al-Sayyid Muhammad Salih al-Farfur
  5. Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani
  6. Shaykh Abd-al-Aziz 'Uyun al-Sud al-Himsi
  7. Shaykh Muhammad Sa'id al-Idlabi al-Rifa'i

Dari Mesir:

  1. Shaykh al-Sayyid Muhammad al-Hafiz al-Tijani, Imam Hadis di Mesir
  2. Shaykh Hasanayn Muhammad Makhluf, Mufti Mesir
  3. Shaykh Salih al-Ja'fari, Imam al-Azhar
  4. Shaykh Amin Mahmud Khattab al-Subki
  5. Shaykh Muhammad al-'Aquri
  6. Shaykh Hasan al-'Adawi
  7. Shaykh al-Sayyid Muhammad Abu-al-'Uyun al-Khalwati
  8. Shaykh Dr.Abd-al-Halim Mahmud, Rektor al-Azhar

Dari Afrika Utara (Morocco, Algeria, Libya & Tunisia):

  1. Shaykh al-Sayyid al-Sharif Abd-al-Kabir al-Saqali al-Mahi
  2. Shaykh al-Sayyid Abd-Allah bin al-Siddiq al-Ghimari, Imam Hadis
  3. Shaykh al-Sayyid Abd-al-Aziz bin al-Siddiq al-Ghimari
  4. Al-Sharif Idris al-Sanusi, Raja Libya
  5. Shaykh Muhammad al-Tahir ibn 'Ashur, Imam Zaytunah, Tunis
  6. Shaykh al-Tayyib al-Muhaji al-Jaza'iri
  7. Shaykh al-Faruqi al-Rahhali al-Marrakashi
  8. Shaykh al-Sayyid al-Sharif Muhammad al-Muntasir al-Kattani

Dari Sudan:

  1. Shaykh Yusuf Hamad al-Nil
  2. Shaykh Muddassir Ibrahim
  3. Shaykh Ibrahim Abu-al-Nur
  4. Shaykh al-Tayyib Abu-Qinayah

Dari Benua Asia:

  1. Shaykh Abu-al-Wafa al-Afghani al-Hanafi,
  2. Shaykh Abd-al-Mu'id Khan Hyderabadi
  3. al-Imam al'Arif Billah Mustafa Rida Khan al-Barelawi, Mufti India
  4. Shaykh al-Muhaddith Habib-al-Rahman al-'Azami

Hasil Kerja[sunting | sunting sumber]

Aqidah[sunting | sunting sumber]

  • Mafahim Yajib ‘an Tusahhah
  • Manhaj al-Salaf fi Fahm al-Nusus
  • Al-Tahzir min al-Takfir
  • Huwa Allah
  • Qul Hazihi Sabeeli
  • Sharh ‘Aqidat al-‘Awam

Tafsir[sunting | sunting sumber]

  • Zubdat al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an
  • Wa Huwa bi al-Ufuq al-‘A’la
  • Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ulum al-Quran
  • Hawl Khasa’is al-Quran

Hadis[sunting | sunting sumber]

  • Al-Manhal al-Latif fi Usul al-Hadith al-Sharif
  • Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadith
  • Fadl al-Muwatta wa Inayat al-Ummah al-Islamiyyah bihi
  • Anwar al-Masalik fi al-Muqaranah bayn Riwayat al-Muwatta lil-Imam Malik

Sirah[sunting | sunting sumber]

  • Muhammad(Sall Allahu ‘Alayhi Wa Sallam) al-Insan al-Kamil
  • ‘Urf al-T ‘arif bi al-Mawlid al-Sharif
  • Al-Anwar al-Bahiyyah fi Isra wa M’iraj Khayr al-Bariyyah
  • Al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah
  • Zikriyat wa Munasabat
  • Al-Bushra fi Manaqib al-Sayyidah Khadijah al-Kubra

Usul[sunting | sunting sumber]

  • Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi Usul al-Fiqh
  • Sharh Manzumat al-Waraqat fi Usul al-Fiqh
  • Mafhum al-Tatawwur wa al-Tajdid fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah

Tasawwuf[sunting | sunting sumber]

  • Shawariq al-Anwar min Ad‘iyat al-Sadah al-Akhyar
  • Al-Mukhtar min Kalam al-Akhyar
  • Al-Husun al-Mani‘ah
  • Mukhtasar Shawariq al-Anwar

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

  1. Fi Rihab al-Bayt al-Haram (Sejarah Makkah)
  2. Al-Mustashriqun Bayn al-Insaf wa al-‘Asabiyyah (Pengajian Orientalisme)
  3. Nazrat al-Islam ila al-Riyadah (Sukan dalam Islam)
  4. Al-Qudwah al-Hasanah fi Manhaj al-Da‘wah ila Allah (Methodologi Dakwah)
  5. Ma La ‘Aynun Ra’at (Deskripsi Syurga)
  6. Nizam al-Usrah fi al-Islam (Islam dan Keluarga)
  7. Al-Muslimun Bayn al-Waqi‘ wa al-Tajribah (Dunia Muslim Kontemporari)
  8. Kashf al-Ghumma (Kelebihan membantu saudara se-Muslim)
  9. Al-Dawah al-Islahiyyah (Panggilan untuk Pembaharuan)
  10. Fi Sabil al-Huda wa al-Rashad (Koleksi-koleksi Ucapan)
  11. Sharaf al-Ummah al-Islamiyyah (Kelebihan umat Islam)
  12. Usul al-Tarbiyah al-Nabawiyyah (Kaedah Pendidikan Rasulullah s.a.w)
  13. Nur al-Nibras fi Asanid al-Jadd al-Sayyid Abbas (Set Ijazah al-Sayyid Abbas, datuk beliau)
  14. Al-‘Uqud al-Lu’luiyyah fi al-Asanid al-Alawiyyah (Set Ijazah al-Sayyid Alawi, bapa beliau)
  15. Al-Tali‘ al-Sa‘id al-Muntakhab min al-Musalsalat wa al-Asanid (Set Ijazah)
  16. Al-‘Iqd al-Farid al-Mukhtasar min al-Athbah wa al-Asanid (Set Ijazah)
Anak murid Beliau[sunting | sunting sumber]

Anak murid beliau mencecah lebih daripada 1000 orang yang belajar di bawah beliau, dan anak murid beliau banyak datang dari luar negara dan termasuk penduduk Mekah sendiri. Di antara murid Sayyid Muhammad ibn Alawi Al-Maliki ini ialah anak beliau sendiri iaitu Sayyid Ahmad ibn Muhammad ibn Alawi Al-Maliki dan juga yang tersenarai di bawah.

  • Syeikh Seraj Hendricks Daripada Institusi Zawiyah di Afrika Utara
  • Syeikh Ahmad Hendrick daripada Institusi Zawiyah di Africa Utara
  • Syeikh Muhammad bin Yahya al-Ninowy
  • Syeikh Munawwar Atiq Ridwi daripada UK/Pakistan
  • Syeikh Asrar Rashid daripada UK/Pakistan
  • Syeikh Fakhruddin Owaisi daripada Afrika Utara
  • Al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al Maliki As Sanusi (Beliau menganggap Syeikh Muhammad Fuad macam anak beliau sendiri sehingga mendapat gelaran Al-Maliki)
    • Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Maliki

Senarai-senarai di atas merupakan antara hasil kerja beliau yang beliau karang dan terbitkan. Masih banyak lagi penerbitan yang tidak disenaraikan di atas serta masih ada hasil-hasil kerja yang sedang dalam proses untuk diterbitkan. Sejumlah besar hasil kerja al-Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki telah diterjemahkan & diterbirkan dalam pelbagai bahasa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Orbituari al-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki Diarkibkan 2007-10-18 di Wayback Machine
  2. Zakha'ir al-Muhammadiyyah dalam terjemahan Urdu Diarkibkan 2012-03-23 di Wayback Machine