Muhammad Ali Jinnah
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Muhammad Ali Jinnah | |
|---|---|
| Temnpat lahir: | |
| Tempat meninggal: | |
| Gerakan: | Pergerakan Pakistan |
| Pertubuhan utama: | Kongres Kebangsaan India, Liga Muslim |
Muhammad Ali Jinnah lahir pada 25 Disember 1876 dan meninggal dunia pada 11 September 1948. Beliau merupakan ahli politik Islam dan ialah pengasas negara Pakistan serta pemimpin Liga Seluruh India. Atas perjuangan beliau, Pakistan telah berpisah daripada India dan beliau menjadi Gabenor-Jeneral pertama Pakistan. Beliau merupakan Bapa Kemerdekaan negara Pakistan. Hari kelahiran dan kematiannya merupakan cuti umum di Pakistan. Jinnah beragama Islam, bermazhab Syiah.