Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan merupakan juara pertama program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda.

Juara [sunting]

Pada 30 Julai 2010, beliau dinobatkan menjadi juara. Program pertama di dunia ini disiarkan secara langsung melalui televisyen berbayar Astro Oasis dari Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Pemenang kedua ialah Hizbur Rahman Omar Zuhdi. Pengetua / Mudir ialah Ustaz Datuk Hassan Mahmood al Hafiz. Tenaga pengajar ialah Sharizan Daud At-Turabi dan Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang.

Juara mendapat sijil daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), kontrak menjadi Imam Ratib di sekitar Kuala Lumpur, pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi, pakej menunaikan haji dan umrah, kereta Proton Exora serta wang tunai RM20,000. Selain itu, percutian ke Bandung (4 hari 3 malam), pakej perabot jati bernilai RM10,000, pakej spa Maghribi, komputer riba Apple Macbook Pro dan sebuah iPhone 3G.[1]

Rujukan [sunting]