Muhammad Balfas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
M. Balfas
Fail:M balfas.jpg
Info kelahiran Muhammad Salim Balfas
25 Disember 1922(1922-12-25)
Jakarta, Indonesia
Kematian 05 Jun 1975 (umur 52)
Jakarta, Indonesia
Pekerjaan Penulis
Bahasa Indonesia
Rakyat Indonesia
Tempoh 1940-an sehingga 1975
Genre Cerita pendek Cerita kanak-kanak

Muhammad Balfas, nama penuh Muhammad Salim Balfas (25 Disember 1922 – 5 Jun 1975), lebih dikenali sebagai M. Balfas, ialah seorang penulis dan pengkritik sastera yang berasal dari Indonesia.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Balfas dilahirkan di Krukut, Betawi (sekarang Jakarta), Hindia Timur Belanda, pada 25 Disember 1922.[1] Beliau anak kelahiran keluarga daripada suku Betawi. Tidak banyak diketahui tentang kehidupan awalnya melainkan yang beliau kelulusan sekolah menegah Belanda (MULO) dalam tahun 1940.[2]

Balfas mula menulis dalam tahun 1940-an. Cerita-cerita pendeknya (cerpen) diterbitkan dalam Asia Raja, (Ejaan Sempurna: Asia Raya) akhbar rasmi kerajaan penakluk Jepun, dalam tahun 1943. Beliau kemudian mula menyumbangkan puisi, cerita, dan esei kepada majalah kendalian orang Indonesia, Pembaroean.[3] Semasa Revolusi Nasional Indonesia, Balfas mendapat pekerjaan sebagai seorang pemberita. Beliau juga mengetuai majalah Masyarakat.[2]

Dalam tahun 1952 Balfas menghasilkan Dr. Tjipto Mangunkusumo, biografi seorang ketua pergerakan penentang;[1] ia diterbitkan oleh Djambatan sebagai satu daripada siri biografi tentang ketua-ketua pergerakan penentang.[4] Dalam tahun yang sama, beliau juga mengeluarkan Lingkaran-Lingkaran Retak, sebuah himpunan lima cerpen, didahului "Anak Revolusi".[1][5] Dalam tahun 1953, beliau dan Sudjati SA mengasaskan majalah Kisah, yang hanya menerbitkan cerpen. Beliau terus menjadi seorang daripada penyunting majalah itu, bersama-sama HB Jassin dan Idrus, sehinggalah penerbitan majalah tersebut berhenti dalam tahun 1956.[2]

Dalam tahun 1956 Balfas menerbitkan cerita kanak-kanak, Suling Emas. Dalam tahun berikutnya, beliau menulis sebuah drama radio untuk orang dewasa, berjudul Tamu Malam. Dalam tahun 1960, beliau menerbitkan sebuah lagi cerita kanak-kanak, Anak-Anak Kampung Jambu.[1] Dan dalam tahun 1961, beliau membantu HB Jassin untuk menubuhkan sebuah majalah, Sastra; beliau berhijrah ke Malaysia dalam tahun berikutnya.[2]

Dari tahun 1962 hingga 1967 Balfas bekerja di Suara Malaysia. Sementara di Malaysia, beliau menerbitkan novel tunggalnya, Retak: Lahirnya Sebuah Mythe; novel ini pada asalnya diberi judul Aku Bukan Nabi.[1]

Dalam tahun 1968, Balfas, yang tidak berpuas hati dengan kehidupannya di Malaysia, berhijrah ke Australia dan mengajar di University of Sydney.[2] Dalam tahun 1975, beliau bercuti selam setahun untuk menjalankan kajian mengenai sejarah kesusasteraan Indonesia.[3] Balfas meninggal dunia di Jakarta pada 5 Jun 1975 selepas menghidap serangan asma.[1][2] Beliau disemadikan di Karet Bivak.[3] Balfas meninggalkan sebuah manuskrip yang belum diselesaikan berjudul Si Gomar;[2] Pengkaji kesusasteraan Indonesia warga Belanda, A Teeuw menganggap karya itu sebagai karya Balfas yang "paling menarik"[6]

Tema-tema[sunting | sunting sumber]

Lingkaran-Lingkaran Retak berkaitan dengan kumpulan yang tidak bernasib baik,[7] sementara Retak pula menangani isu-isu humanisme dan pengorbanan demi ideologi. Oleh sebab ini, Teeuw mengklasifikasikan Belfas sebagai sebahagian daripada ahli sastera Indonesia Generasi '45.[6] Jassin menulis tentang anggapannya yang "Anak Revolusi", "mencipta alamnya sendiri", menonjolkan ideologi asas dan pandangan dunia yang digunakan Balfas dalam karya-karyanya yang lain.[5] Ini termasuklah kepercayaan yang kehidupan penuh dengan peristiwa yang tidak diduga, berlawanan dengan kepercayaan yang setiap orang memiliki nasib yang sudah ditetapkan.[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Balfas mendirikan rumah tangga dua kali. Beliau berkahwin untuk kali kedua dengan wanita Australia bernama Wendy dan sama-sama mereka membesarkan dua orang anak mereka dan juga lima orang anak Balfas hasil perkahwinan pertamanya.[3]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki
Bibliografi
  • "Balfas Berpulang" [Balfas Passes Away]. Tempo (dalam bahasa Indonesian). 28 June 1975. Diarkibkan daripada asal pada 11 April 2012. Diperoleh pada 11 April 2012. 
  • Eneste, Pamusuk (2001). Buku Pintar Sastra Indonesia [Handbook of Indonesian Literature] (dalam bahasa Indonesian) (edisi ke-3rd). Jakarta: Kompas. ISBN 978-979-9251-78-7. 
  • Jassin, HB (1985). "M. Balfas: Manusia Bugil" [M. Balfas: Naked People]. Kesusastraan Indonesia Modern dalam Kritik dan Esei II [Modern Indonesian Literature in Critiques and Essays II] (dalam bahasa Indonesian). Jakarta: Gramedia. ms. 211–214. OCLC 36434233. 
  • "M. Balfas" (dalam bahasa Indonesian). Language Centre, Ministry of Education. Diarkibkan daripada asal pada 11 April 2012. Diperoleh pada 11 April 2012. 
  • Teeuw, A. (1980). Sastra Baru Indonesia [New Indonesian Literature] (dalam bahasa Indonesian) 1. Ende: Nusa Indah. OCLC 222168801.