Muhammad Husain Haikal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Muhammad Husain Haikal ( lahir 20 Ogos 1888 - 8 Disember 1956) merupakan ahli politik Mesir, penulis, wartawan dan pernah menjadi Menteri Pelajaran Mesir.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Heikal dilahirkan di Mansoura, Ad Daqahliyah pada 1888. Beliau memperolehi ijazah undang-undang dari Universiti Sorbonne pada 1912. Setelah pulang ke Mesir, beliau bekerja sebagai peguam selaa 10 tahun, kemudian menjadi wartawan. Beliau telah dipilih sebagai ketua pengarang akhbar Al Siyasa , media "Parti Perlembagaan Tory" di mana beliau menjadi penasihat undang-undang. Pada 1937, beliau dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri Mesir semasa kerajaan Muhammad Mahmoud Pasha. Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran Mesir dan telah memperkenalkan pelbagai pembaharuan pendidikan di Mesir, desentralisasi, penubuhan zon-zon pendidikan dan kurikulum berorientasi tempatan dan semasa. Beliau sangat dipengaruhi oleh aliran pemikiran komprehensif Mohammad Abduh, Ahmad Lutfy El Sayed dan Qasim Amin. Anaknya Haikal ialah Fayza Haikal pensyarah bahasa Mesir di Universiti Amerika di Kaherah.Beliau mati pada 1956.

Hasil karya[sunting | sunting sumber]