Muhammad Indera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Anda mesti tambahkan parameter |reason= ke dalam templat ini - gantikannya dengan berikut: {{Rapikan|reason=<Sebab kamu disini>}}, atau padamkan templat ini.

Muhammad (Ahmad) bin Indera(1920 - 30 Januari 1953) atau lebih dikenali sebagai Mat (Muhammad) Indera merupakan salah seorang pemimpin Melayu komunis yang menentang British. Dalam buku "Memoir Abdullah C.D.: zaman pergerakan sehingga 1948, Volume 3", Muhammad Indera dikatakan menjadi ahli PKM sejak penjajahan Jepun lagi. Muhammad Indera menjadi terkenal kerana memimpin serangan terhadap pihak Polis dalam peristiwa Bukit Kepong.

Ahmad bin Indera dikatakan salah seorang daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela[perlu rujukan], Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak [perlu rujukan]. Beliau dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.

Dunia Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ahmad bin Indera mendapat pendidikan awal di sekolah agama sehingga tahun 1937. Beliau pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim. Beliau kemudian pernah berkhidmat sebagai seorang guru agama di Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937.

Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak[perlu rujukan] daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama. Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar, Johor.

Politik[sunting | sunting sumber]

Ahmad bin Indera kemudiannya terbabit dalam politik apabila menyertai ahli sayap pemuda Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dengan matlamat membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris. Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya diharamkan, Ahmad bin Indera telah bertindak menyertai pergerakan gerila komunisme di dalam hutan, kemungkinannya terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak cergas di sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Mat Indera merupakan Ahli jawatankuasa sempadan Johor Melaka Parti Komunis Malaya pada awal 1950-an yang mengetuai pergerakan komunis di bahagian selatan yang merangkumi daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka.

Peristiwa Bukit Kepong[sunting | sunting sumber]

Mat Indera bertanggungjawab mengarahkan serangan. Akibatnya, Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Pejuang gerila komunisme yang menentang penjajahan British.

Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong. Hal ini disahkan dalam buku "Memoir Abdullah C.D." [1] dan buku Dialogues with Chin Peng [2]. Ching Peng turut mengesahkan bahawa pihak komunis mengetahui kehadiran kanak-kanak dan wanita di balai tersebut.

Tragedi Bukit Kepong yang melihatkan pembunuhan kanak-kanak dan wanita telah dijadikan bukti oleh pihak Inggeris sebagai menyokong dakwaan keganasan dan kekejaman. Inggeris menetapkan tawaran hadiah sebanyak $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan kononnya mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipaksa untuk membantu bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban.[perlu rujukan]

Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di Kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung ungu,yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan dipukau jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; [3] maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan.

Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur[perlu rujukan] dengan British sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera yang tidak mahu dibicarakan oleh British atas kesalahannya.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Muhammad Indera kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak. Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu, Taiping.

Rujukan[sunting | sunting sumber]