Muhammad Mustafa Al-A'zami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Muhammad Mustafa Al-A'zami (Bahasa Arab: محمد مصطفى الأعظمي‎) ialah seorang sarjana Hadis sezaman yang mengukir nama dengan kajian kritisnya terhadap teori-teori para pengkaji Islam dari Barat seperti Ignác Goldziher, David Margoliouth, dan Joseph Schacht.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Al-A'zami dilahirkan di Mau, India dalam tahun 1930-an. Al-A'zami mendapat pendidikan dari Darul Uloom Deoband (1952), Universiti Al-Azhar, dan Universiti Cambridge. Beliau merupakan Profesor Emeritus di Universiti Raja Saud di mana beliau juga mempengerusikan jabatan Kajian Islam. Selain memegang jawatan di Timur Tengah, beliau juga menyandang jawatan Sarjana Pelawat di Universiti Michigan, Felo Pelawat di Universiti Oxford, Profesor Pelawat di Universiti Princeton dan juga Sarjana Pelawat di Universiti Colorado, kedua-duanya di Amerika Syarikat.[1] Selain itu beliau juga memegang jawatan di Universiti Wales , United Kingdom.[2]

Beliau menerima Hadiah Antarabangsa Raja Faisal bagi Kajian Islam pada tahun 1980.[3]

Pujian[sunting | sunting sumber]

Tidak syak lagi dalam bidang penyelidikan yang penting, berkaitan dengan kajian Hadis ialah penjumpaan, pengesahan, dan penimbangan himpunan hadis yang kecil yang dibukukan sebelum Enam kitab hadis utama karya al-Bukhari, Muslim, dan yang lain. Dalam bidang ini, Dr Azami telah melakukan usaha perintis yang amat bernilai, dan beliau telah melakukannya mengikut kehendak kesarjanaan yang ketat. Tesis yang dipersembahkan beliau bagi sarjana PhD Cambridge, pada pendapat saya, merupakan satu daripada kajian yang asli dan menarik dalam bidang ini pada zaman moden ini.[4]

Karya[sunting | sunting sumber]

  • Studies in Early Hadith Literature, tesis PhD di Universiti Cambridge
  • Hadith Methodology and Literature, pengantar kepada kajian hadis
  • The History of the Qur'anic Text from Revelation to Compilation: A Comparative Study with the Old and New Testaments
  • On Schacht's Origins of Muhammadan Jurisprudence Jawapan kepada teori Schacht berkaitan Islam
  • Dirasat fi al-Hadith an-Nabawi
  • Kuttab an-Nabi
  • Manhaj an-Naqd 'ind al-Muhaddithin
  • al-Muhaddithun min al-Yamamah

Sebagai penyunting[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Azami, M. M. (2003). The History of the Qur'anic Text from Revelation to Compilation: A Comparative Study with the Old and New Testaments. Leicester: UK Islamic Academy. ISBN 1-872531-66-0.
  2. Visiting and Honorary Staff, School of Theology, Religious Studies and Islamic Studies, Faculty of Humanities, Departments; University of Wales Trinity Saint David
  3. http://www.kff.com/EN01/KFIP/KFIPImages/KFIP%20Winners%20Archive-Yearly.pdf
  4. Azami, M. M. (1992). Studies in Early Hadith Literature (3rd ed.). Burr Ridge: American Trust Publications. ISBN 0-89259-125-0.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]