Muhammad Naji al-Otari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Muhammad Naji al-Otari
محمد ناجي عطري
Muhammad Naji al-Otari

Tempoh berjawat
10 September 2003 – 3 April 2011
Presiden Bashar al-Assad
Timbalan Abdullah al-Dardari
Didahului oleh Muhammad Mustafa Mero
Digantikan oleh Adel Safar

Speaker Parlimen Syria
Tempoh berjawat
9 Mac 2003 – 18 September 2003
Didahului oleh Abdel Kader Kaddoura
Digantikan oleh Mahmoud al-Abrash

Tarikh lahir 1944 (umur 69–70)
Tempat lahir Aleppo, Syria
Parti politik ASBP
Agama Islam

Muhammad Naji al-'Uthri atau juga Muhammad Naji al-Otari (Bahasa Arab: محمد ناجي عطري‎, alih aksara Muḥammad Nājī al-`Uṭrī atau juga Etri, Itri, dan Otri) (lahir 1944) adalah Perdana Menteri Syria pada September 2003 - April 2011.[1]

Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada 10 September 2003. Pencalonannya dikatakan menggabungkan "gaya teknokrat dan Baath" dalam politik Syria.[2] Pada 29 Mac 2011, akibat bantahan Syria 2011, seluruh kabinetnya meletak jawatan; al-Otari cuma tinggal dalam kapasiti sebagai pemangku.[1] Pada 3 April 2011, Presiden Assad melantik bekas menteri pertanian Adel Safar untuk menggantikan beliau.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]