Muhammad Nur Aswad bin Jafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aswad
Nama asalMuhammad Nur Aswad bin Jafar
Nama lahirMuhammad Nur Aswad bin Jafar
Juga dikenali sebagai
Aswad
Kelahiran (1980-11-09) 9 November 1980 (umur 43)
Pulau Pinang.
Berasal dari Malaysia
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
Akademi Fantasia musim kelima
Laman sesawang
aswadfrenzy.com

Muhammad Nur Aswad bin Jafar atau lebih dikenali sebagai Aswad (lahir 9 November 1980) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim kelima. Beliau berasal dari Pulau Pinang.

Penglibatan dalam Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Aswad diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim kelima dan beliau adalah salah seorang daripada enam belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah mengharungi berbagai-bagai ujian di setiap peringkat ujibakat yang diadakan.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya menuju peringkat akhir untuk musim kelima bersama Mila, Ebi, Heliza, dan Candy. Pada 19 Mei 2007, beliau diumumkan menduduki tempat ketiga bagi Akademi Fantasia musim ke-5. Beliau merupakan wakil kedua dari Pulau Pinang yang berjaya melangkah ke Konsert Akhir selepas Mila disebabkan tiada wakil dari negeri utara yang pernah berjaya melangkah ke konsert Akhir untuk semua musim Akademi Fantasia lagi.

Lagu-lagu di Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan AF yang seterusnya :

  • Konsert Pertama : "Aku Hanya Serangga" - nyanyian asal oleh BPR (tidak membuat persembahan kerana menghidap penyakit cacar air dan dinasihatkan doktor untuk berehat)
  • Konsert Kedua : "Nak Kahwin Duit Tak Ada" - nyanyian asal oleh Sweet September
  • Konsert Ketiga : "Hijau Bumi Tuhan" - nyanyian asal oleh XPDC
  • Konsert Keempat : "Hakikat Sebuah Cinta" - nyanyian asal oleh Iklim
  • Konsert Kelima : "60's TV" - nyanyian asal oleh OAG
  • Konsert Keenam : "Yang Sedang-Sedang Saja" - nyanyian asal oleh Iwan
  • Konsert Ketujuh : "Penyu Menangis" - nyanyian asal oleh Sudirman
  • Konsert Kelapan : "Korban Cinta" - nyanyian asal oleh Aris Ariwatan
  • Konsert Kesembilan : "Mungkin Langitmu Lebih Biru" (lebih dikenali; "Langit Biru") - nyanyian asal oleh Mawi
  • Konsert Akhir : "Mata, Hati, Jiwa" - nyanyian asal oleh Awie
  • Konsert Akhir : "Bila Mati Cinta Terhenti - ciptaan oleh Razman Riza dan lirik oleh Loloq

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]