Muhammad Pehimi bin Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Haji

Muhammad Pehimi bin Yusof
Pehimi Yusof.jpg

ADUN Kota Putera
Tempoh jawatan
April 2008-Sekarang – kini

Lahir Terengganu Besut, Terengganu
Parti politik BN-100px.jpg Barisan Nasional

UMNO (Malaysia).svg UMNO

Religion Islam
Laman web [1]

YB. Haji Muhammad Pehimi bin Yusof berasal dari Besut dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu Kawasan Kota Putera. Beliau berkelulusan Diploma Pertanian. Beliau berkahwin dengan Roslida binti Daud iaitu seorang jururawat dan dikurniakan 5 orang cahaya mata.

Sebelum menjadi ADUN, Muhammad Pehimi merupakan seorang Pengurus Besar PPK Gerai. Sejak penglibatan beliau dalam bidang politik, beliau pernah memegang beberapa jawatan antaranya ialah Ketua Pemuda Bahagian Besut, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Besut, Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, AJK Biro Pembangunan Ekonomi Malaysia Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan AJK Penerangan Pemuda UMNO Malaysia.

Beliau dilantik menjadi Timbalan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu kerana mempunyai kelayakkan dalam bidang tersebut. Beliau turut dilantik menjadi Pengerusi Jentera Dasar Sosial Ekonomi Negara di Peringkat Akar Umbi (NADI) DUN Kota Putera. Muhammad Pehimi turut aktif dalam sukan badminton dan menjadi Yang Di Pertua Persatuan Badminton Daerah Besut.

27 Nov 2014- Dilantik sebagai Exco Kerajaan negeri akan memegang portfolio Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri

  • Adun Kota Putra 2008-2013
  • Adun Jertih 2013-Sekarang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]