Muhammad Rizalman Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muhammad Rizalman Ismail (38 tahun) merupakan Pegawai Waran II , Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) dan dituduh pecah rumah, merompak dan cubaan merogol semasa bertugas di Wellington, New Zealand pada 9 Mei 2014. [1]

Rizalman adalah pembantu staf pertahanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand . Beliau mendapat status Kekebalan Diplomatik dari Kerajaan Malaysia yang bermaksud tidak boleh dihadapkan ke mahkamah di negara tuan rumah .

Tuduhan pecah rumah dan cubaan merogol[sunting | sunting sumber]

Rizalman yang bertugas di Kedutaan Malaysia di New Zealand.Pada 9 Mei 2014, Rizalman didakwa mengekori seorang wanita berusia 21 tahun dari perhentian bas ke rumahnya di Brooklyn, sebelum memecah masuk dan menanggalkan pakaiannya. Wanita itu melawan dan jiran kemudian datang membantunya. Akhbar The Herald melaporkan Rizalman meninggalkan rumah mangsa tetapi menunggu di luar sehingga polis tiba .

Rizalman sudah pun berkahwin dan mempunyai tiga anak. Keluarga Rizalman tinggal di kuarter tentera di Mindef . Isteri dan anak-anaknya melawat beliau setiap hari di hospital tentera di Wangsa Maju.[2]


Salah faham arahan[sunting | sunting sumber]

Kes beliau telah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan pada 10 Mei 2014 tetapi laporan NZ mengakui bahawa pegawai Malaysia diberikan maklumat pelbagai oleh kementerian yang mana New Zealand bersetuju untuk beliau kembali ke Malaysia. Kekeliruan kemudiannya menyebabkan Malaysia merumuskan bahawa New Zealand bersetuju agar diplomat itu kembali ke Malaysia berbanding didakwa di New Zealand. Pihak Malaysia dengan itu meminta New Zealand menggugurkan semua dakwaan terhadap Rizalman. Beliau pulang ke Malaysia menggunakan kekebalan diplomatik, walaupun beliau ditahan pada 9 Mei atas cubaan merompak dan serangan seksual. Jenayah sebegitu tidak termasuk dalam imuniti diplomatik.[perlu rujukan]

Suruhanjaya Tinggi Malaysia turut meminta kerjasama Kementerian Hal Ehwal Luar dan Perdagangan New Zealand dan polis New Zealand untuk mempertimbangkan menutup semua dokumentasi mengandungi perkara di atas dan menarik balik semua tuduhan terhadap Muhammad Rizalman Ismail. Rizalman akan dipastikan tidak akan kembali ke New Zealand pada masa depan.[3]

Menteri Luar New Zealand Murray McCully kemudian menghubungi Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman agar Rizalman dihantar semula ke NZ supaya dapat dibicarakan di negara 'kejadian' itu dibuat. Putrajaya, dengan itu memutuskan untuk mengekstradisi Rizalman.

Seorang ahli Parlimen New Zealand, Jan Logie dilaporkan berang kerana fokus kes hanya dirujuk sebagai mangsa sahaja.Pegawai tertinggi Kementerian Luar New Zealand, John Allen menawarkan peletakan jawatan berikutan kesilapan pengurusan kes serangan seksual melibatkan diplomat Malaysia. McCully menolak perletakan jawatan itu.[4]Perdana Menteri New Zealand John Key dikritik hebat kerana lambat bertindak selepas hampir sebulan kes itu berjalan.[5]

Menteri Luar NZ Murray McCully dilaporkan berang dengan kesilapan yang dilakukan pegawainya berhubung insiden itu, yang memalukan beliau dan Perdana Menteri New Zealand John Key.Maklumat yanfg diberikan bercampur aduk sehingga berlaku salah faham. [6]

Putrajaya pula kecewa dengan Ketua Pembangkang ,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi kenyataan negatif kepada media New Zealand, stuff.co.nz. Anwar dilaporkan berkata 'Malaysia mengendalikan kes itu secara 'mengejutkan' dan 'kemelut.'. Kenyataan tersebut bercanggah dengan kenyataan kerajaan NZ sendiri yang memuji dan berterima kasih kerjasama Malaysia.[7]

Akhirnya , Kerajaan Malaysia bersetuju untuk menghantar kembali / ekstradisi Rizalman ke Wellington,Auckland agar dapat dibicarakan dan mendapat keadilan kepada mangsa dan suspek. Empas kerusi penerbangan ke negara New Zealand telah ditempah untuk suspek dan pegawai pengiring. Turut sama nanti ialah pegawai dari pihak Angkatan Tentera Malaysia, seorang peguam yang akan bantu lantik dan pegawai-pegawai dari Pejabat Peguam Negara.Malaysia menaruh keyakinan penuh terhadap sistem perundangan New Zealand dan mempunyai kepercayaan penuh bahawa tertuduh akan diberi layanan adil secara bermaruah seperti diperuntukkan di bawah undang-undang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein setuju Rizalman dihantar semula demi menjaga imej negara selain membuktikan kerajaan tidak menyembunyikan sesuatu seperti didakwa sesetengah pihak. Sesiapa yang bersalah perlu bersedia menerima hukuman. Hukuman tidak mengira latar belakang dan pangkat seseorang itu. Imej negara penting bukan sahaja di mata rakyat tempatan, malah di peringkat antarabangsa.[8]

Penilaian psikiatri[sunting | sunting sumber]

The New Zealand Herald melaporkan bahawa Rizalman tidak sihat sepenuhnya untuk terbang semula ke New Zealand. Beberapa doktor di Hospital Tuanku Mizan yang terletak di Wangsa Maju menyatakan Rizalman memerlukan penilaian psikiatri lanjutan. [9] The Herald melaporkan bahawa Rizalman suka menyendiri dan ada sejarah kemurungan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Diplomat case: NZ asked to drop all charges". The New Zealand Herald. 1 Julai 2014.
  2. ^ "NZ sexual assault case: Rizalman has a history of depression, Herald reports". The Star. 4 Julai 2014.
  3. ^ "Mangsa serangan seksual diplomat Malaysia marah cara New Zealand kendali kes". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-07. Dicapai pada 2014-07-06.
  4. ^ "Mangsa serangan seksual diplomat Malaysia marah cara New Zealand kendali kes". The Malaysian Insider. 3 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-07. Dicapai pada 2014-07-06.
  5. ^ "Malaysia mahu semua pendakwaan suspek diplomat di NZ digugurkan". The Malaysian Insider. 1 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-06. Dicapai pada 2014-07-06.
  6. ^ "Ekstradisi diplomat ke NZ mungkin ditangguh, doktor arah ujian psikiatri tambahan". The Malaysian Insider. 6 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-08. Dicapai pada 2014-07-06.
  7. ^ "Anwar burukkan imej negara dalam isu jenayah seks diplomat, kata Putrajaya". The Malaysian Insider. 3 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-07. Dicapai pada 2014-07-06.
  8. ^ "Sokong hantar semula Rizalman ke New Zealand". Utusan Malaysia. 5 Julai 2014.
  9. ^ "Diplomat dikehendaki mungkin tak tiba ke NZ esok". Malaysiakini. 6 Jun 2014.