Muhammad XII

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Abu 'Abd Allah Muhammad XII (bahasa Arab: أبو عبد الله محمد الثاني عشر‎) (dikenali sebagai "Boabdil" di Barat) adalah raja Moor Kerajaan Islam Granada (Bani Nasr) yang terakhir. Beliau juga digelar sebagai el chico (si kecil) dan el zogoybi (si malang). Putera kepada Mawla Abu al-Hassan, raja kerajaan taifa Granada ini diisytiharkan sebagai raja pada tahun 1482 menggantikan bapanya yang diusir keluar.

Abu 'Abd Allah kemudian mahu mengejar prestij dengan menakluki kerajaan Castile. Beliau menjadi orang tawanan di Lucena pada tahun 1483 dan hanya dibebaskan setelah beliau bersetuju untuk menjadikan Granada sebagai kerajaan ufti di bawah raja Ferdinand dan ratu Isabella, pemerintah Castile dan Aragon. Tahun-tahun berikutnya menyaksikan pergelutan-pergelutan dengan bapanya dan bapa saudaranya 'Abd Allah al-Zaghal.