Mujahid Yusuf Rawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa
Images4444.jpg

Member of Parliament
for P57 Parit Buntar, Perak
Penyandang
Tempoh jawatan 
8 Mac 2008
Didahului oleh Brig. (B) Datuk Abd. Hamid Ngah @ Zainal Abidin (BN)
Majoriti 7,551

Lahir 25 Oktober 1964
Parti politik PAS logo.svg PAS - Pakatan Rakyat
Hubungan Anak sulung kepada Allahyarham Tuan Guru Haju Yusuf Rawa
Pekerjaan Ahli Parlimen
Religion Agama Islam

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan dari PAS dan merupakan anak kepada Al-Mursyidul Am PAS yang pertama iaitu Allahyarham Tuan Guru Yusof Rawa. Beliau merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat. Bapa beliau Yusuf Rawa merupakan Presiden PAS dari 1982 hingga 1989.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang (2007- )
  • Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS (2005- )
  • AJK PAS Pusat (2005- )
  • AJK Pemuda PAS Pusat (2001-2005)
  • Yang Dipertua PAS Kawasan Bayan Baru, Pulau Pinang
  • Tenaga Pengajar Masjid dan Surau
  • Guru Bahasa Arab
  • Petugas Sukarela Bantuan Islam Antarabangsa
  • Pensyarah Universiti Multimedia, Melaka Bandar Raya Bersejarah (1999-2004) Universiti Multimedia

Politik[sunting | sunting sumber]

Bertanding kali pertama di Jasin, Melaka pada tahun 1999 dan seterusnya di Tasek Gelugur, Pulau Pinang pada tahun 2004. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Senator Datuk Abdul Raman Suliman dengan majoriti sebanyak 7,551 undi. Beliau memperolehi 21,221 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 13,670 undi.

Meneruskan perniagaan keluarga dalam bidang penerbitan buku yang mana beliau merupakan pengarah urusan syarikat tersebut iaitu Safir IImu Sdn Bhd di Bayan Baru, Pulau Pinang. Selain aktiviti politik beliau juga terlibat dalam aktiviti keilmuan seperti menyampaikan kuliah-kuliah agama di seluruh negara terutama dalam bidang sirah dan beliau juga telah menulis hampir 10 buah buku antaranya ialah Dakwah dan Tarbiah (1992), Masjid dan Peranannya (1993), Khilaf Satu Fenomena (1994), Global View of Islam (1996), Moral Ethica of Study (2000) dan Permata dari Pulau Mutiara (2003)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]