Beranang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mukim Beranang)
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 2°53′N 101°52′E / 2.883°U 101.867°T / 2.883; 101.867

Mukim Beranang
Jata-Selangor.jpg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Selangor
Daerah Daerah Ulu Langat
Mukim Mukim Beranang
Keluasan N/A

Mukim Beranang terletak di daerah Hulu Langat, negeri Selangor. Mukim ini bersebelahan dengan Mukim Semenyih dan Daerah Sepang. Di utaranya ialah Semenyih dan di selatannya ialah Mantin, Negeri Sembilan. Beranang terbahagi kepada dua iaitu Pekan Beranang terletak dalam negeri Selangor. Sementara Ulu Beranang terletak dalam Negeri Sembilan.

Muka bumi[sunting | sunting sumber]

Muka bumi Beranang tidaklah begitu tinggi. Bukit yang terdapat di sini ialah :

  • Bukit Tempurung 401 kaki
  • Bukit Buluh 401 kaki
  • Bukit Ulu Beranang 2654 kaki

Sungai[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa sungai di Beranang. Sungai Beranang merupakan ranting Sungai Semenyih. Antara sungai yang terdapat di sini ialah :

  • Sungai Beranang
  • Sungai Tarun
  • Sungai Beroga
  • Sungai Jai
  • Sungai Lumut
  • Sungai Balau

Kebanyakan punca sungai-sungai ini ialah kawasan Bukit Ulu Beranang. Biasanya sungai menjadi sempadan antara negeri. Tetapi apabila pertikaian berlaku akibat 'perebutan Semenyih dan Beranang', kajian pemetaan semula telah dibuat. Pihak juru ukur telah mengambil point dari Bukit Ulu Beranang ke Kampung Jalan Enam Kaki, Beranang sebagai sempadan. Dari Kampung Jalan Enam Kaki melintang ke ke Barat menuju point Ladang Bukit Tunggul.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Beranang mendapat nama dari loghat Negeri Sembilan yang bermaksud 'berenang'. Enam sahabat yang diketuai oleh Tok Batin Lidah hitam terpaksa berenang di sebuah sungai yang cetek untuk ke seberang sungai. Malangnya sungai yang disangka cetek rupa-rupanya dalam dan arusnya deras. Setelah Tok Batin Lidah Hitam melepasi Sungai Beranang, air sungai tersebut kering atau cetek. Penduduk sekitarnya tidaklah perlu berenang lagi dan mengucapkan terima kasih kepada Tok Batin Lidah Hitam.

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Beranang betul-betul terletak di atas sempadan negeri Selangor dan negeri Sembilan. Sebahagian Ulu Beranang termasuk dalam negeri Sembilan. Beranang dan Semenyih pada suatu ketika dimiliki dan ditadbir oleh Dato' Kelana Sungai Ujong . Dato' Kelana Sungai Ujong mentadbir jajahan Lukut kawasan di negeri Sembilan.

Pada tahun 1883, kerajaan Selangor telah mengambil Mukim Beranang. Sebelum itu telah wujud beberapa pertikaian antara Dato Kelana Sungai ujong dan Datok Kelana Sendeng. Permasalahan sempadan Semenyih dan Beranang wujud berikutan sempadan yang mengelirukan. Dalam satu surat, pertikaian ini berlaku kerana penggunaan kompas yang tidak betul dan kawasan hutan tidak diukur dengan jelas.

Sempadan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Sejak pilihan raya tahun 1955 hingga 1990, Beranang termasuk dalam Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Semenyih. DUN Semenyih meliputi tiga mukim iaitu mukim Semenyih, mukim Hulu Semenyih dan mukim Beranang.

Tapi persempadanan semula kawasan pilihan raya 1999, DUN Semenyih telah dinamakan DUN Beranang kerana penduduk Beranang lebih ramai dari penduduk Semenyih . Ini berikutan dari wujudnya Bandar Rinching, Bandar Tasik Kesuma dan lain-lain. Namun pada pilihanraya Mac 2004, persempadanan ditukar kembali kepada DUN Semenyih.

DUN Semenyih terletak di bawah kawasan Parlimen Hulu Langat bersama DUN Dusun Tua dan DUN Kajang

Ketua Kampung[sunting | sunting sumber]

Senarai nama Ketua Kampung dan setiausaha :

  • Kg Sesapan Batu Rembau
    • Tn Hj Saharudin B. Hj Johar
    • Soib Bin Johan
  • Kg Jalan Enam Kaki
    • Tn Zakaria B. Mohd Noh
    • Mohd Saupi B Hj Yusof
  • Kg Kuala Pajam
    • Tuan Mohd Kasim B. Ahmad
    • Mohd Azam B Hj Murad
  • Kg Sesapan Bt Minangkabau
    • Hj Mohtar Bin Idris
    • Azhar Bin A.Rahman
  • Kg Bukit Kepong
    • Tn Md.Zambri B. Kamaruddin
    • Rogiah Bt Nordin
  • Kg Sesapan Kelubi
    • En Hj Alias B. Hj. Yaakob
    • Hj Mohlis B Ahmad Noh
  • Taman PKNS Batu 26
    • En Wan Kamaruddin B. Wan Salleh
    • En. Shamsulino Bin Mohtar
  • Kg Sungai Jai
    • En. Md Asnawi B. Md Daud
    • En. Affendi B. Ahmad Khaimudin
  • Kg Rinching Tengah
    • En Bassri Bin Ayop
    • Zainuddin B Jamion
  • Kg Rinching Hilir
    • Hj Md Yusop Bin Mardzuki
    • Zulkifli B Hj Ridzwan
  • Kg Sg Kembung Hilir
    • Hj Ridzwan B Mohd Ali
    • En Hisham Bin Abas

Ladang getah dan kelapa sawit[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa ladang getah dan kemudian ditanam dengan kelapa sawit di Mukim Beranang iaitu:

  • Ladang Balau
  • Ladang Glenworie
  • Ladang Connemara
  • Ladang Abaco
  • Ladang Benar Division
  • Ladang Bukit Unggul

Kebanyakan ladang-ladang ini asalnya milik penjajah British sekitar tahun 1920-an hingga tahun 1970-an. Kebanyakan ladang-ladang ini telah mejjadi milik rakyat Malaysia terutama sekali syarikat perladangan Guthrie, Golden Hope Plantation, UM Land dan Lion Group.

Pekerja ladang ini berbangsa India Ceylon yang dibawa dari benua kecil India. Majikan British ini mulanya mengusahakan ladang teh dan getah di Sri Lanka dan mengembangkan perusahaan di Tanah Melayu. Rumah pekerja disediakan yang menampung keluasan untuk suami, isteri dan 3 orang anak. Biasanya hanya terdapat dua bilik tidur sahaja.

Sekolah di Beranang[sunting | sunting sumber]

Kawasan Perusahaan Beranang[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]