Mumtaz Mahal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lukisan Mughal Mumtaz Mahal

Mumtāz Mahal (April 1593 - 17 Jun 1631) (Parsi, Urdu: ممتاز محل; disebut [mumtɑːz mɛhɛl]; bermakna "hiasan kesayangan di istana") adalah nama ringkas biasa bagi Arjumand Banu Begum, seorang maharani India semasa Dinasti Mughal. Beliau telah dilahirkan di Agra, India. Ayahnya adalah seorang bangsawan Parsi yang bernama Abdul Hasan Asaf Khan, yang merupakan abang kepada Maharani Nur Jehan (yang kemudian menjadi isteri kepada maharaja Jahangir). Mumtaz Mahal seorang Islam yang bermazhab Syiah. Beliau berkahwin pada umur 19 tahun, iaitu pada 10 Mei 1612, dengan Putera Khurram, yang kemudian menaiki takhta takhta Merak sebagai Maharaja Mughal Shah Jahan I. Beliau merupakan isteri ketiga dan paling disayangi oleh Shah Jahan. Mumtaz Mahal meninggal dunia di Burhanpur, Deccan (kini di Madhya Pradesh) semasa melahirkan anak ke-14, seorang anak perempuan yang diberi nama Gauhara Begum. Jenazahnya disimpan di Burhanpur selama 23 tahun sehinggalah pembinaan Taj disiapkan. Setelah siap, keranda beliau dipindahkan ke Agra. Jenazah beliau kemudian dikebumikan di dalam Taj Mahal di Agra.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Koch, Ebba (Hardback). The Complete Taj Mahal: And the Riverfront Gardens of Agra (edisi First). Thames & Hudson Ltd. m/s. 288 pages. ISBN 0500342091. 
  • Preston, Diana & Michael (Hardback). A Teardrop on the Cheek of Time (edisi First). London: Doubleday. m/s. 354 pages. ISBN 9780385609470.