Mumtaz Md. Nawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Senator Hajah Mumtaz Md. Nawi merupakan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS (2009-). Dilantik menjadi senator pada 2006, beliau merupakan lulusan Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim / bahasa Arab Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau pernah menjalankan perniagaan sendiri.[1]

Bapanya Md Nawi Said (63) dan ibunya Siti Talhah Ismail (59).

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dalam Penilaian Sekolah Rendah mendapat 5A, SRP (6 agregat), SMU (9 agregat), SPM (6 agregat). Penerima Anugerah Hadiah Buku bagi pencapaian akademik cemerlang dan berbagai anugerah lain termasuk Pelajar Cemerlang Yayasan Islam Kelantan 1990.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mumtaz merupakan seorang peguam bela dan peguam cara sehingga berjaya memiliki firma guaman sendiri atas nama Mumtaz Nawi & Co. Pada 2007, isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak menjadi menyampaikan selempang 'Tokoh Beliawanis 2007' dan wang tunai RM2,000, jam khas dan sijil.

Beliau menjadi pakar rujuk Undang-undang RTM dan juga NGO serta panel pelbagai forum perdana termasuk Debat Perdana yang pernah disiarkan di RTM.

Politik[sunting | sunting sumber]

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ahli Dewan Negara (Mewakili Kerajaan Negeri Kelantan sejak 2007-sekarang).

Mumtaz mewakili ahli Parlimen Malaysia di BBC untuk International Video Confrerencing, New South Wales, South Africa dan Malaysia.

Sering diberi kepercayaan mengetuai delegasi Ahli Dewan Negara ke persidangan luar negara.

[2]

Bai'ah taat setia PAS[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menyatakan sokongan kepada amalan bai'ah atau sumpah taat setia talak tiga terhadap isteri wakil rakyat parti PAS yang melompat parti. Beliau menyatakan bahawa amalan tersebut menjadikan wakil rakyat Pas lebih menyayangi isteri serta tidak berani memungkiri janji yang mereka ikrar sendiri.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Abdul Hamid Pawanteh Reappointed Dewan Negara President
  2. Kerajaan Kelantan pilih Mumtaz Nawi sebagai Tokoh Beliawanis 2007
  3. Muslimat Pas pertahan bai'ah Utusan Malaysia