Murphy Nicholas Xavier Pakiam
Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam (lahir 6 Disember 1938) telah menjadi ketua biskop Roman Katolik bagi kawasan kekuasaan Kuala Lumpur di Malaysia semenjak 24 Mei 2003.
Pakiam telah ditahbiskan sebagai seorang paderi pada tahun 1964 dan telah ditahbiskan sebagai pembantu biskop Kuala Lumpur pada tahun 1995. Pada 24 Mei 2003, beliau menggantikan Anthony Soter Fernandez sebagai ketua biskop Kuala Lumpur. Semenjak Februari 2007 Pakiam telah menjadi presiden Persidangan Biskop-Biskop Katolik Malaysia, Singapore dan Brunei.
Beliau merupakan penerbit majalah mingguan agama Kristian di Malaysia, Herald-The Catholic Weekly.
[sunting] 'Allah' dalam majalah Herald
Pada 7 Januari 2009, Datuk Hishammuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2009, dengan syarat perkataan "Allah" tidak digunakan di dalamnya dan perkataan "Terhad" mesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.[1]
Pada 16 Februari 2009, beliau sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah tidak sah dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.[2]
Pada 31 Disember 2009, Hakim Datuk Lau Bee Lan memustuskan bahawa Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah' untuk menyebarluaskan agama Kristian dan bukannya agama Islam. Hujah itu berdasarkan Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Artikel 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan menegaskan bahawa Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu daripada segi ajaran dan pendidikan kepada penganut agama Kristian.Artikel 10 membenarkannya untuk menggunakan perkataan itu dalam melaksanakan hak terhadap kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.
Pada 3 Januari 2009, 13 NGO Islam menentang keputusan hakim berkenaan. NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B. Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Maamor Osman membuat 10 laporan polis berkaitan perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.[3]
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan rasa khuatir jika kalimah "Allah" digunakan oleh pendakyah agama bukan Islam yang mahu mengelirukan umat Islam dengan tujuan tersirat mereka.Selama ini tidak ada penulisan yang menggunakan perkataan "Allah" (bagi agama bukan Islam) mengapa pula akhbar mingguan 'Herald-The Catholic Weekly' terlalu ghairah hendak menggunakan perkataan "Allah".[4]
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan luar