Dewa Subramaniam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Murugan)
Lompat ke: pandu arah, cari
Dewa Murugam atau Dewa Subramania.

Dewa Subramania atau juga dikenali sebagai Dewa Murugam, Kartikeya, Skanda dan Subrahmanya merupakan salah satu Dewa dalam kepercayaan Hindu. Salah satu kuilnya yang paling terkenal di Malaysia adalah di Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves yang sering menjadi tumpuan ramai pada hari Thaipusam. Setiap kali perayaan Thaipusam di Malaysia, Patung dewa Murugan akan diarak dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee ke Kuil Sri Subramaniyar Swami, Batu Caves.

Penganut Hindu dan pelancong seramai 1.5 juta akan membanjiri Batu Caves. Menreka yang berhajat akan menjunjung dan mengarak "Kavadi" akan mendaki tangga-tangga kuil di Batu Caves. Selain itu ada juga yang menjunjung periuk berisi susu "pal koodam" . Sebahagian yang lain akan memecahkan kelapa di atas jalan raya untuk mendapatkan air bersih lagi suci dari buah tersebut untuk membersihkan dosa. Mereka akan membayar nazar sekiranya niat , hasrat dan doa tercapai pada tahun tersebut. Dosa kecil mereka selama ini dirasakan dapat dibebaskan setelah memikul besi tajam 'kavadi'.

Rujukan [sunting]

Bacaan lanjut [sunting]

Pautan luar [sunting]