Mus Chairil Samani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mus Chairil Samani
Lahir (1960-01-16) 16 Januari 1960 (umur 64)
Kuala Lumpur
Nama penaMus Chairil Samani
PekerjaanPenulis
WarganegaraMalaysia Malaysia
PendidikanUniversiti Malaya
GenreBukan Fiksyen

Mus Chairil Samani ialah seorang penulis dan pensyarah universiti awam Malaysia. Beliau bergiat dalam menulis rencana dan buku berkaitan penerbitan dan media.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal dan menengah sehingga ke tingkatan enam di La Salle Petaling Jaya, Selangor. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan menjurus bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif di Universiti Malaya. Setelah lulus pada tahun 1983, beliau diterima bekerja sebagai wartawan dengan Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Dengan syarikat ini, beliau mengasah dan mempertajamkan bakat penulisannya. Pada tahun 1988, beliau berhenti untuk menyambung pelajaran peringkat Ijazah Sarjana (Kewartawanan dan Komunikasi Massa) di Iowa State University dengan biasiswa penuh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sekembali dari Amerika Syarikat, beliau dilantik sebagai pensyarah di Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada tahun 2003, beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Malaya (UM). Pada tahun 2006, beliau dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya. Pada tahun 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Pada 31 Mac 2011, beliau berpindah untuk berkhidmat di Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas). Beliau kini menjadi Ketua Jabatan Komunikasi, Unimas (1 Oktober 2011 - sehingga kini).

Karya[sunting | sunting sumber]

Antara buku-buku yang beliau tulis:

  • Penerbitan: Teori dan Praktis (2012) Kota Samarahan: Penerbit Universiti Malaysia Sarawak
  • Penulisan Rencana Berkesan (1997) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Bahasa Penerbitan: A ke Z. (1996) Bangi: Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Muka Huruf dan Reka Letak: Teori dan Amali Dalam Reka Letak Berkomputer.(1996). Bangi: Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Pengantar Penerbitan: Aplikasi Komputer Dalam Reka Letak Dokumen Bercetak. (1995). Bangi: Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]