Musim hujan Asia Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Musim hujan di Asia Timur)
Empat jisim udara yang menurunkan musim hujan Asia Timur

Musim hujan Asia Timur (hanzi: 梅雨, méiyǔ; [梅雨, tsuyu, baiu] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); Korea: 장마, jangma) adalah musim hujan di kawasan Asia Timur yang meliputi Jepun (kecuali Hokkaido, Kepulauan Ogasawara), selatan Semenanjung Korea, pesisir China Selatan[1] dan pesisir China Tengah[2], termasuk Taiwan. Istilah ini dipakai untuk menyebut musim dengan ciri meningkatnya taburan hujan antara Mei hingga Julai. Musim hujan Asia Timur berlangsung dari Jun hingga Julai di Korea dan Jepun, dan dari Julai hingga Ogos di kawasan Chang Jiang dan Huai He di China.

Garis depan musim hujan terjadi ketika udara lembap di atas Samudra Pasifik bertemu dengan jisim udara dingin dari daratan China. Garis depan hujan yang diikuti terbentuknya ribut yang disebut lekukan hadapan menurunkan hujan di Korea, Jepun, dan China Timur. Seiring dengan pergerakan maju-mundur garis depan hujan selesai kekuatan jisim udara panas dan jisim udara sejuk, sering terjadi curah hujan berpanjangan yang kadang-kadang menyebabkan banjir di bahagian timur China. Namun kekeringan dapat terjadi pada tahun-tahun ketika tahap taburan hujan berada di bawah normal. Musim hujan Asia Timur berakhir ketika jisim udara panas yang berasal dari daerah tekanan tinggi subtropika telah menjadi cukup kuat untuk mendorong garis depan hujan ke utara dan mengakhirinya.

Perdebatan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun-tahun tertentu, awal dan akhir musim hujan sering dijadikan bahan perdebatan. Pada tahun 2005, misalnya, daerah tekanan tinggi subtropiska bergerak dengan cepat ke utara pada akhir Jun/awal Julai. Garis depan hujan melintasi kawasan Chang Jiang sehingga musim hujan tidak berlaku di Chang Jiang. Selanjutnya, daerah tekanan tinggi subtropis turun ke selatan dan terjadi curah hujan cukup besar di kawasan tersebut. Hal tersebut menimbulkan pertanyaan apakah curah hujan tersebut termasuk pola hujan musim panas yang sering terjadi setelah musim hujan, atau tercipta musim hujan kedua. Beberapa ahli meteorologi juga berpendapat tempoh hujan pada akhir Jun bukanlah musim hujan yang sebenarnya.[3] [4] [5] [6] [7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ China Selatan adalah kawasan Fujian dan daerah Sungai Mutiara (Guangdong, Guizhou, Yunnan, dan Guangxi).
  2. ^ China Tengah adalah kawasan tengah dan muara aliran sungai Sungai Panjang, wilayah sekitar Pegunungan Qinling dan Sungai Huai ke selatan, dan Pegunungan Nanling ke utara.
  3. ^ "入梅不像梅出梅梅更浓 梅雨"变味"真假难辨" (dalam bahasa bahasa China). Xinhuanet. 2005-07-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 2008-05-07.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "倒黄梅?二度梅? 有关专家认为再下就要变成梅雨" (dalam bahasa bahasa China). Sina. 2005-07-09. Dicapai pada 2008-05-07.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "是"倒黄梅"还是"二度梅"?接连阴雨让专家直挠头" (dalam bahasa bahasa China). Sina. 2005-07-08. Dicapai pada 2008-05-07.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "上海是否出现了"倒黄梅"?为啥视而不见" (dalam bahasa bahasa China). CNHYC. 2005-07-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-09. Dicapai pada 2008-05-07.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "是倒黄梅还是二度梅?" (dalam bahasa bahasa China). 新华报业网. 2005-07-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-25. Dicapai pada 2008-05-07.CS1 maint: unrecognized language (link)