Musim hurikan Atlantik 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Musim hurikan Atlantik 2010

Peta ringkasan musim
Ribut pertama terbentuk: 25 Jun 2010
Ribut terakhir reda: 7 November 2010
Ribut terkuat: Igor – 924 mbar (hPa) (27.3 inHg), 155 bsj (250 km/j) (angin berterusan 1 minit)
Bil. lekukan tropika: 21
Bil. semua ribut: 19
Bil. hurikan: 12
Bil. hurikan teruk (Kat. 3+): 5
Bilangan kematian: 259 (23 kematian tidak langsung)
Jumlah kemusnahan: Sekurang-kurangnya $12.041 bilion (Nilai $AS 2010)
Senarai musim hurikan Atlantik
2008, 2009, 2010, 2011, 2012

Musim hurikan Atlantik 2010 merupakan waktu pembentukan siklon tropika di Lautan Atlantik. Sistem siklon tropika di sini diberi istilah hurikan bagi sekiranya angin mencapai kelajuan minimum 119 km/j, manakala istilah taufan digunakan secara spesifik di barat Lautan Pasifik. Agensi yang memantau lembangan ini ialah Pusat Hurikan Kebangsaan, Miami, Amerika Syarikat. Musim ini dimulakan dengan terbentuknya Hurikan Alex yang mencapai kekuatan kategori dua dalam Skala Hurikan Saffir-Simpson. Hurikan ini melanda Semenanjung Yucatán dengan kekuatan ribut tropika dan sempadan Amerika Syarikat – Mexico dengan kekuatan angin maksimum. Pada bulan Julai dan awal Ogos, sistem-sistem ribut lemah telah terbentuk. Musim ini mula aktif dengan pembentukan Hurikan Danielle, hurikan kategori 4 dan Hurikan Earl, juga hurikan kategori 4, pada hujung bulan Ogos. Apabila terbentuknya Ribut Tropika Gaston pada 4 September jam 5.00 petang Waktu Piawai Atlantik (AST) (4.00 pagi keesokkan harinya, Waktu Piawai Malaysia), Pusat Hurikan Kebangsaan, Miami, Amerika Syarikat menyatakan bahawa Gaston merupakan ribut tropika keempat yang terbentuk dalam 11 hari, menandakan musim hurikan mula menjadi lebih aktif.


Ramalan musim[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Ogos, Pusat Ramalan Iklim, Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) Amerika Syarikat meramalkan musim hurikan kali ini akan menghasilkan 14–20 ribut tropika, 8–12 hurikan, dan 4–6 hurikan major.[1]

Gambar satelit menunjukkan beberapa sistem ribut di Lautan Atlantik
Gambar satelit MODIS yang dirakam pada 29 Ogos 2010, 10.45 malam (Waktu Piawai Malaysia) di Lautan Atlantik menunjukkan sistem ribut yang sedang berpusar. (Menurut pusingan jam) Hurikan Danielle, ribut luar-tropika, Ribut Tropika Fiona dan Hurikan Earl.

Rangkuman peristiwa[sunting | sunting sumber]

Skala Hurikan Saffir-Simpson
LT RT 1 2 3 4 5

Berikut adalah ringkasan bagi musim hurikan Atlantik 2010 yang dipaparkan dalam bentuk jadual. Jadual di bawah merumuskan semua sistem ribut yang terbentuk, tempoh ribut itu aktif, kekuatan maksimum anginnya, tempat dan tarikh ribut itu bertemu daratan, dan kesan ribut dari segi harta benda dan kehilangan nyawa. Manakala Skala Hurikan Saffir-Simpson di sebelah memberi gambaran sepintas lalu bagi pengelasan kelajuan angin menurut kategori.

Statistik musim hurikan Atlantik 2010
Nama atau
Kod Ribut
Tarikh Kejadian Kategori Ribut pada
kekuatan maksimum
Kelajuan Angin
Maksimum

(km/j)

Tekanan
Minimum

(mbar)

Pendaratan Jumlah
Kemusnahan
(juta AS$)
Jumlah
Kematian
Tempat Tarikh Angin

(km/j)

Alex 25 Jun – 2 Julai Hurikan kategori 2 165 947 Belize City, Belize 27 Jun 95 1,885 32
Soto la Marina, Mexico 1 Julai 165
02 8 – 10 Julai Lekukan tropika 55 1005 Pulau Padre Selatan, Texas 8 Julai 55 Tidak
diketahui
1
Bonnie 23 – 24 Julai Ribut tropika 65 1005 South Andros, Bahama
(tiada pendaratan, kesan langsung)
23 Julai 65 Tidak
diketahui
1
Cutler Bay, Florida 23 Julai 65
Colin 2 – 8 Ogos Ribut tropika 95 1005 Southampton Parish, Bermuda
(tiada pendaratan, kesan langsung)
8 Ogos 55 Tiada 1
05 10 – 11 Ogos Lekukan tropika 55 1007 Tiada pendaratan Tiada 0
Danielle 21 – 31 Ogos Hurikan kategori 4 215 942 Tiada pendaratan Tiada 2
Earl 25 Ogos – 5 September Hurikan kategori 4 230 928 Berdekatan Western Head, Nova Scotia, Kanada 4 September 110 Tiada 0
Charlottetown, Pulau Prince Edward 4 September 110
Fiona 31 Ogos – 4 September Ribut tropika 95 997 Tiada pendaratan Tiada 0
Gaston 1 – 2 September Ribut tropika 65 1005 Tiada pendaratan Tiada 0
Hermine 6 – 8 September Ribut tropika 95 991 Berdekatan Matamoros, Tamaulipas, Mexico 4 September 110 Tiada 0
Igor 8 – 21 September Hurikan kategori 4 250 925 Brava, Tanjung Verde
(tiada pendaratan, kesan langsung)
9 September 65 100 4
Bermuda (tiada pendaratan, kesan langsung) 9 September 130
Cape Race, Newfoundland and Labrador,
Kanada (tiada pendaratan, kesan langsung)
9 September 140
Julia 12 – 20 September Hurikan kategori 4 220 948 Brava, Tanjung Verde
(tiada pendaratan, kesan langsung)
13 September 65 Kerosakan
kecil
0
Karl 14 – 18 September Hurikan kategori 3 190 956 Costa Maya, Quintana Roo, Mexico 15 September 100 5600 22
Veracruz, Mexico 17 September 185
Lisa 21 – 26 September Hurikan kategori 1 130 987 Tiada pendaratan 0 0
Matthew 23 – 26 September Ribut tropika 100 998 Berdekatan Krukira, Nicaragua 24 September 80 Tidak
diketahui
109
Berdekatan Placencia, Belize 25 September 60
Nicole 28 – 29 September Ribut tropika 65 996 Cayo Largo del Sur, Cuba (tiada pendaratan, kesan langsung) 29 September 55 152 13
Aguada de Pasajeros, Cuba 29 September 65
Otto 6 – 10 Oktober Hurikan kategori 1 135 972 Tiada pendaratan 58 0
Paula 11 – 15 Oktober Hurikan kategori 2 160 981 Puerto Lempira, Honduras (tiada pendaratan, kesan langsung) 11 Oktober 95 Tidak diketahui 1
Puerto Esperanza, Cuba 14 Oktober 105
Richard 20 – 26 Oktober Hurikan kategori 1 145 981 Iriona, Honduras (tiada pendaratan, kesan langsung) 24 Oktober 110 Tidak diketahui 0
Guanaja, Honduras (tiada pendaratan, kesan langsung) 24 Oktober 110
Berdekatan Belize City, Belize 25 Oktober 145
Shary 28 – 30 Oktober Hurikan kategori 1 120 989 Bermuda (tiada pendaratan, kesan langsung) 29 Oktober 55 Tiada 0
Tomas 11 – 15 Oktober Hurikan kategori 2 160 982 Lesser Antilles, Greater Antilles, Bahamas(tiada pendaratan, kesan langsung) 626 69
Agregat Musim
'21 sistem ribut 25 Jun – 7 November   250 924 '9 pendaratan

Nama-nama ribut[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai nama-nama yang akan digunakan oleh Pusat Hurikan Kebangsaan Miami Amerika Syarikat untuk menjejak sebarang sistem ribut yang mencapai kelajuan minimum 63 km/j. Mana-mana nama yang tidak dipadam daripada senarai ini akan digunakan kembali pada tahun 2016.

  • Alex
  • Bonnie
  • Colin
  • Danielle
  • Earl
  • Fiona
  • Gaston
  • Hermine
  • Igor
  • Julia
  • Karl
  • Lisa
  • Matthew
  • Nicole
  • Otto
  • Paula
  • Richard
  • Shary (belum diguna)
  • Tomas (belum diguna)
  • Virginie (belum diguna)
  • Walter (belum diguna)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. (Inggeris)"NOAA Still Expects Active Atlantic Hurricane Season; La Niña Develops". National Oceanic and Atmospheric Administration. 2010-08-05. http://www.noaanews.noaa.gov/stories2010/20100805_hurricaneupdate.html. Capaian 2010-08-05.