Muslim
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Muslim (Arab: مسلم) ialah gelaran bagi orang yang beragama Islam dan bermaksud seseorang yang telah berserah kepada Allah. Sebaik sahaja seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah, dia akan secara automatik menjadi seorang Muslim.
Muslim mempercayai bahawa terdapat hanya satu Tuhan, iaitu Allah, serta juga bahawa agama Islam telah wujud sebelum Nabi Muhammad, dengan agama tersebut berkembang dengan berlalunya masa. al-Quran memerihalkan banyak nabi dan utusan Bible sebagai Muslim, termasuk Adam, Noah (bahasa Arab: Nuh), Moses (Arabic: Musa), serta juga Jesus (bahasa Arab: Isa) dan hawari-hawarinya. al-Quran menyatakan bahawa tokoh-tokoh tersebut adalah Muslim kerana mereka berserah kepada Allah, berkhutbah tentang ajaranNya dan mendukung nilai-nilaiNya. Misalnya, dalam Surah 3:52 al-Quran, pengikut Jesus memberitahu Jesus: "do thou bear witness that we are Muslims".
Muslim bersembahyang sebanyak lima kali sehari, dengan sembanyang tersebut dikenali sebagai Fajr, Zuhr, Asr, Maghrib, dan Isha. Terdapat juga sembahyang Jumaat yang khusus yang dikenali sebagai Jumu'ah. Bilangan Muslim di seluruh dunia kini dianggarkan sebagai sekitar 1.3 bilion.