Mustaffa Noor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mustaffa Noor ialah seorang pelakon Melayu yang dilahirkan di Malaysia dan mencipta nama pada pertengahan 1980-an.

Mustaffa popular menerusi drama TV yang merupakan arahan pertama Shuhaimi Baba berjudul Maria pada 1984. Menerusi drama yang menggandingkan beliau bersama aktres Fatimah Abu Bakar itu, Mustaffa mula meraih perhatian penerbit dan pengarah filem. Namun beliau hanya sempat membintangi sebuah filem iaitu filem Mawar Merah pada 1987.

Menerusi filem Mawar Merah, Mustaffa telah menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (FFM) pada Festival Filem Malaysia ke-7 menerusi lakonan mantapnya sebagai Sufyan; bapa saudara yang mencintai anak gadis kakaknya sendiri.

Mustaffa juga popular menerusi pementasan Rumah Kecil Tiang Seribu. Beliau merupakan antara aktor pertama yang dicalonkan untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular menerusi edisi pertama Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada 1987.