Mustapa Mohamed
| Yang Berhormat Menteri Dato' Sri Mustapa Mohamed |
|
|
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat April 2009 |
|
| Kawasan | Jeli |
|---|---|
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 8 Mac 2008 |
|
|
|
|
| Tarikh lahir | 25 September 1950 |
| Tempat lahir | Bachok, Kelantan |
| Parti politik | |
| Pekerjaan | Menteri Kabinet, Ahli Parlimen |
| Agama | Islam |
Dato ' Sri Mustapha Mohamed [1] merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Beliau juga adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau dilahirkan pada 25 September 1950 di Bachok, Kelantan. Beliau juga merupakan Ahli parlimen Jeli, Kelantan.
Isi kandungan |
[sunting] Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Bachok pada 1957 dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (inggeris) Bachok pada 1963. Pada tahun 1969, beliu menamatkan pengajian beliau di Maktab Sultan Ismail(Sultan Ismail College)Jalan Telipot,Kota Bharu dan menyambung pengajian dalam bidang Ekonomi di University of Melbourne, Australia pada 1973 dan mendapat Ijazah Sarjana Pembangunan Ekonomi pada 1982 dari Boston University, Amerika Syarikat.
[sunting] Kerjaya
Kerjaya pertama beliau adalah Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Kewangan pada tahun 1974. Beliau merupakan bekas Pengarah Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Sebelum menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , beliau pernah menjadi Menteri Pengajian Tinggi,Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
[sunting] Politik
[sunting] Pilihan raya
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mustapa Bin Mohamed bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Jeli , negeri Kelantan. Mustapa Bin Mohamed telah menang dengan mendapat undi sebanyak 17168.
Calon lawan ialah Mohd Afandi Bin Mohamad dari PAS, mendapat 12,732 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 84.1 %. Undi rosak sebanyak 474.
[sunting] Alamat
Y.B Datuk Mustapa Mohamed
Aras 1, Blok B5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
Tel: 03-88883908/03-88882908
Fax: 03-88883907
[sunting] Jawatan
- Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003
- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 2008
- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 2009
- Lihat juga (Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003)
[sunting] Pautan Luar
| Penyandang Terdahulu | Menteri Pengajian Tinggi 2006-2008 |
Penyandang Kemudian |
| Datuk Dr Mohd Shafie Salleh | Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin |
| Penyandang Terdahulu | Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 2008 |
Penyandang Kemudian |
| penyandang | Datuk Noh Omar |
| Penyandang Terdahulu | Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri 2009 – Kini |
Penyandang Kemudian |
| Tan Sri Muhyiddin Yassin | penyandang |
Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan