Musyrik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Musyrik adalah satu istilah dalam agama Islam, yang merujuk khusus kepada orang-orang yang melakukan perbuatan syirik seperti menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain (seperti matahari, berhala dan sebagainya) secara berterang-terangan. Orang yang menyembah syaitan termasuk dalam kelompok orang musyrik.

Bagaimanapun, orang musrik berbeza dengan orang murtad, dari segi mereka masih mengaku Islam, walaupun melakukan perkara yang jelas bertentangan dangan ajaran Islam. Mereka yang berpura-pura mengikut Islam tetapi berlainan dalam hati, seperti bertindak melakukan perkara yang berbeza secara bersembunyi, di belakang pandangan umum dikenali sebagai munafik

Sebagai Contoh pada Zaman sekarang : Mengaku Allah mentadbir sekalian Alam, tetapi masih memilih pemimpin dan menyatakan pemimpin lah yang menyelamatkan ekonomi.

Dalam ajaran Islam, balasan kepada orang musyrik ialah neraka jahanam.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةً لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْ ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقۡرَبَهُم مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّا نَصَٰرَىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنۡهُمۡ قِسِّيسِينَ وَرُهۡبَانًا وَأَنَّهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ latajidanna asyaddan-naasi 'adaawatal lillaziina aamanul-yahuuda wallaziina asyrokuu, wa latajidanna aqrobahum mawaddatal lillaziina aamanullaziina qooluuu innaa nashooroo, zaalika bi-anna min-hum qissiisiina wa ruhbaanaw wa annahum laa yastakbiruun

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong." (QS. Al-Ma'idah 5: Ayat 82)


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.