Muwatta Imam Malik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Al-Muwattak (Arab:الموطاء) adalah sebuah kitab yang menggabungkan ilmu hadis dan ilmu fiqh. Kitab ini merupakan karya agung yang telah dihasilkan oleh Imam Malik. Karya ini memiliki banyak keistimewaan kerana kitab ini disusun berpandukan Al-Quran, hadis dan fatwa para sahabat Rasulullah s.a.w.

Sejarah dan Pembahagian[sunting]

Sejarah penulisan kitab ini bermula apabila Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur telah meminta Imam Malik menghasilkan sebuah kitab supaya boleh dijadikan sebagai rujukan. Peristiwa itu berlaku ketika musim haji. Penghasilan kitab ini dilakukan selama 40 tahun. Beliau menghabiskan masa usia 40 tahunnya dengan mengumpul serta menyaring hadis-hadis yang diterima daripada guru-gurunya. Beliau telah menghafal 100 000 hadis dan daripada hadis tersebut setelah diteliti, hanya 10 000 hadis yang diakui sah. Setelah itu, Imam Malik menyaring lagi sehingga hanya tinggal lagi 5 000 hadis yang benar-benar diterimanya sebagai hadis Rasulullah SAW.Akhirnya, cuma tinggal 1 720 hadis yang dimuatkan dalam kitab Al-Muwattak setelah beliau menyaring hadis lagi.

Daripada 1 720 buah hadis tersebut, dapatlah dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:

  • 600 hadis marfu' (مرفوع)
  • 613 hadis mauquf (موقوف)
  • 285 hadis maqtu' (مقطوء)
  • 222 hadis mursal (مرسل))

Lihat juga[sunting]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.