Muzik Zaman Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Muzik zaman baru)

Muzik Zaman Baru (bahasa Inggeris: New Age) ialah pelbagai jenis muzik tenang yang bertujuan menghasilkan inspirasi, ketenangan, dan perasaan positif. Muzik ini didengari ketika menjalankan aktiviti yoga, urut, inspirasi, santai, meditasi, dan pembacaan sebagai cara menangani tekanan[1] atau menimbulkan suasana damai di rumah atau mana-mana suasana yang dikaitkan dengan environmentalisme dan pergerakan rohani Zaman Baru.

Secara amnya, harmoni dalam muzik Zaman Baru berbunyi modus, konsonan, atau menerapkan bes yang mendengung. Selalunya, melodinya berulang-ulang agar menghasilkan suasana memukau. Adakalanya, rakaman bunyi alam diterapkan sebagai pembuka lagu ataupun didengarkan sepanjang lagu. Selalu ada lagu-lagu bermuzik sedemikian yang panjangnya mencecah 30 minit.

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Muzik Zaman Baru ditakrifkan khususnya kerana suasana yang dihasilkan dan tidak semestinya alat-alat muzik yang digunakan, baik elektronik mahupun akustik atau kedua-duanya dicampur sekali. Artis-artis Zaman Baru baik solo mahupun berkumpulan bermain alat muzik Barat seperti piano, gitar akustik, seruling, hap dan lain-lain lagi, apatah lagi alat muzik elektronik, di samping alat muzik Timur seperti sitar, tambura, tabla; dan macam-macam lagi alat muzik dari merata dunia, diiringi suara manusia yang menyanyi beraneka bahasa seluruh dunia.

Sesetengah artis Zaman Baru terang-terang memeluk kepercayaan Zaman Baru, manakala ada pemuzik lain seumpamanya yang menegaskan muzik mereka bukanlah bergelar "Zaman Baru", walaupun karya mereka dilabelkan sedemikian oleh pihak syarikat rakaman, peruncit muzik mahupun penyiar radio.

Muzik Zaman Baru sering ditindankan dengan unsur-unsur muzik ambien, electronica, muzik dunia, chillout, spacemusic dan sebagainya. Terdapat dua takrifan yang sering dipakai untuk menghuraikan muzik Zaman Baru, iaitu:

  • Muzik Zaman Baru berbunyi ambien yang terang-terang bertujuan membantu proses meditasi dan bersantai, ataupun membolehkan bermacam-macam amalan rohani alternatif seperti penyembuhan takafur, pemeriksaan cakera dan sebagainya. Penyokong definisi ini kebanyakannya merupakan pemuzik yang menyampaikan irama mereka terutamanya untuk tujuan ini.[2] Artis-artis terkenal yang mendendangkan muzik Zaman Baru khususnya untuk membantu penyembuhan atau meditasi termasuklah Aeoliah, Deuter, dan Steven Halpern.

Senarai rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lehrer, Paul M. (2007). Principles and Practice of Stress Management, Third Edition. m/s. 46–47. ISBN 159385000X. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ a b Steven Halpern, New Age Voice Magazine, June 1999 issue

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:New Age Movement