Muzium Arkeologi Lenggong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muzium Arkeologi Lenggong atau 'Muzium Arkeologi Kota Tampan' terletak di Kota Tampan berhampiran bandar Lenggong , Perak. Ia merupakan tapak prasejarah bertarikh 74,000 tahun dahulu.

Bandar Lenggong terletak sekitar 100 kilometer ke utara Ipoh melalui jalan Kuala Kangsar ke Grik. Ia merupakan tapak penempatan aktiviti manusia tertua di Semenanjung Malaysia. Muzium Arkeologi Lenggong ini turut mempamerkan Orang Perak, penduduk Semenanjung Malaysia tertua dijumpai di dalam gua di kawasan yang dipamErkan di situ. Rangka ini bertarikh antara 10-11,000 tahun silam, merupakan manusia Zaman Batu, dari tempoh Paleolitik.

Muzium Arkeologi Lenggong terletak berhampiran dengan Hutan Lipur Lata Kekabu , hanya 2 km di laluan yang sama.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]