Muzium Bugis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gambar Pasir Panjang, Singapura yang terdapat di Muzium Bugis

Muzium Bugis terletak di sebelah Masjid Teluk Kerang, Kampung Teluk Kerang, daerah Pontian, negeri Johor, Malaysia. Muzium ini dibina oleh penduduk tempatan yang berminat menyimpan pelbagai koleksi sejarah berkaitan orang Melayu terutama etnik Bugis. Orang Bugis datang ke Semenanjung Tanah Melayu setelah Makassar di Sulawesi diserang dan ditawan oleh pihak Belanda. Kebanyakan penduduk Pulau Ambon di Sulawesi berjaya dikristiankan oleh penjajah Belanda.

Dalam muzium ini dipamerkan pelbagai gambar hitam putih berbentuk fotostat bersaiz besar. Terdapat peralatan dapur yang bersaiz besar. Oleh kerana muzium ini tidak diuruskan secara profesional, beberapa bahan di dalamnya tidak kekal cantik. Bayaran masuk tidak dikenakan tetapi anda boleh memberi sumbangan ikhlas.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.