Muzium Burung Hantu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muzium Burung Hantu
The Owl Museum
Maklumat am
Ditubuhkan2011 (2011)
JenisMuzium burung hantu
Maklumat geografi
Lokasi
Astaka Bukit Bendera, Bukit Bendera, Pulau Pinang, Malaysia
Maklumat pelawat
Laman sesawang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Muzium Burung Hantu (bahasa Inggeris: The Owl Museum) merupakan muzium yang terletak di Astaka Bukit Bendera, Bukit Bendera, Pulau Pinang, Malaysia. Muzium ini juga merupakan yang pertama di Asia Tenggara serta menempatkan lebih daripada 2,600 jenis barangan yang berkaitan dengan burung hantu. Pemilik muzium ini adalah persendirian serta tidak terletak di bawah bidang kuasa Arkib Negara Malaysia.

Muzium ini mempamerkan koleksi terbesar mengenai burung hantu yang bertemakan seni dan koleksi kraftangan di ASEAN. Muzium ini menempatkan koleksi persendirian serta koleksi yang dipinjam daripada empat pengumpul terkenal di sekitar rantau ini.

Muzium ini adalah destinasi yang sangat popular yang bukan sahaja kepada pelancong, malah penduduk tempatan yang tinggal di sekitarnya. Muzium ini juga mempunyai kedai cenderahati yang sangat popular dengan nama "Owlet" di mana terdapat barangan yang bertemakan burung hantu. Muzium ini dibuka setiap hari pada pukul 9 pagi sehingga 6 petang. Tempat ini boleh dituju dengan menggunakan pengangkutan awam seperti Rapid Penang dan Kereta api Bukit Bendera.[1]

Bayaran Masuk[sunting | sunting sumber]

Kategori Bayaran Nota
Dewasa RM 10
Warga Emas RM 5 50% diskaun
Kanak-kanak bawah 12 tahun Percuma

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Owl Museum - Résumé". Facebook. Dicapai pada 7 Oktober 2012.