Muzium Kota Kayang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muzium Kota Kayang merupakan sebuah muzium yang terletak di Perlis, Malaysia. Muzium Kota Kayang terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung.

Muzium Kota Kayang di Kuala Perlis merupakan satu kompleks sejarah yang popular di Perlis. Muzium Kota Kayang menawarkan pelbagai maklumat mengenai sejarah Perlis.

Terdapat pameran tinggalan akhaeologi dan sejarah dari kapak batu Neolithik, senjata, barangan tembaga, siling, replika dokument, dan carta keturunan diRaja. Pelancong juga dapat melawat laman muzium di mana terdapat tapak Kota Indera kayangan, istana, dan dewan istiadat silam. Muzium Kota Kayang terletak di kaki bukit batu kapur yang bertindak sebagai halangan dari serangan musuh, sementara terdapat terusan yang pernah menjadi laluan bot antara Kota Kayang, Kuala Perlis, dan Alor Setar.

Koleksi[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Kedah / Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Al-Marhum Kayang,
Kuala Perlis,
02000 Perlis
Tel : +604 9770027 / 0419
Fax : +604 9782678

Pautan luar[sunting | sunting sumber]