Muzium Sejarah Nasional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Muzium Sejarah Nasional di Dataran Merdeka

Muzium Sejarah Nasional merupakan sebuah muzium yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak bersebelahan dengan Dataran Merdeka. Muzium ini dibuka pada 4 April 1996 dan merupakan muzium kebangsaan kedua selepas Muzium Negara. Bagaimanapun pada 2007, muzium ini telah ditutup dan koleksi dipindahkan ke Muzium Negara.[1]

Muzium Sejarah Nasional menempatkan pameran keunikan sejarah perkembangan tanah air dari zaman awal sehingga kini. Terdapat hampir seribu koleksi yang dikumpul berasaskan kepada kepentingannya kepada sejarah negara, dan diklasifikasikan kepada beberapa kategori seperti: Senjata, Manuskrip, Peta, Duit, Cop Mohor dan Alat Batu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Perpindahan Muzium Sejarah Nasional Ke Muzium Negara, Jabatan Muzium Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]