Muzium Sejarah dan Ethnografi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Muzium Sejarah dan Ethnografl)
Muzium Sejarah dan Etnografi

Muzium Sejarah dan Etnografi terletak di Bangunan Stadthuys, lokasinya di persimpangan Jalan Kota dan Jalan Gereja, Melaka, Malaysia. Di hadapan bangunan ini yang lebih dikenali sebagai "Dataran Belanda" terdapat Pancutan Air Victoria dan Menara Jam Tan Beng Swee yang dibina pada tahun 1886. Muzium Sejarah terletak di aras 2 dan Muzium Ethnografi di aras 1 Bangunan Stadthuys.

Muzium Ethnografi memberikan penekanan khusus kepada corak hidup masyarakat tempatan yang terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis. Gambaran berhubung adat istiadat perkahwinan, cara hidup seharian, peralatan yang digunakan, alat muzik yang menjadi pilihan dan bentuk pertanian yang diusahakan adalah fokus utama muzium ini.Turut dipamerkan adalah koleksi porselin zaman berzaman, pelbagai jenis senjata, matawang dari dalam dan luar negara serta pelbagai lagi koleksi semasa pendudukan Belanda di Melaka.

Muzium Sejarah bertempat di tingkat satu pula memperagakan sejarah Melaka yang menjadi tonggak kepada sejarah Malaysia hari ini bermula dari pembukaan Melaka ke era penjajahan Portugis Belanda, Inggeris, Jepun sehingga negara mencapai kemerdekaan. Berdasarkan lukisan dan artifak sejarah yang ada, maka para pengunjung akan dapat menghayati keunggulan Melaka dari awal penubuhan, kecemerlangan dinikmati, perjuangan menuntut kemerdekaan dan erti kemodenan yang ada.

Objektif Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Muzium Sejarah - Untuk mempamerkan sejarah Melaka bermula dari tahun 1400 semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Portugis, Belanda, Inggeris dan peperangan dunia kedua sehingga kemerdekaan dicapai pada tahun 1957.

Muzium Ethnografi - Untuk mempamerkan cara hidup, budaya dan adat resam masyarakat berbilang kaum di Melaka seperti Kaum Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis.

Bayaran masuk[sunting | sunting sumber]

  • Dewasa : RM5.00
  • Dewasa Antarabangsa : RM10.00
  • Kanak-kanak (7 - 12 Tahun) : RM2.00
  • Kanak-kanak Antarabangsa (7 - 12 Tajun) : RM4.00

Waktu Operasi[sunting | sunting sumber]

9.00 pagi - 5.30 petang (Dibuka pada setiap hari)