Muzium Sultan Alam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Muzium Alam Shah

Muzium Sultan Alam Shah atau juga dikenali sebagai Muzium Shah Alam terletak di bandar Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Bangunan muzium ini dibina mengikut seni bina moden, bersebelahan Perpustakaan Shah Alam, di tepi Tasik Shah Alam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Muzium Negeri Selangor yang ketika ini dikenali dengan sebutan Muzium Sultan Alam Shah bermula apabila DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenan menandatangani Enakmen No.6 Tahun 1975 Negeri Selangor bertarikh 27 Disember 1975.

Selepas beberapa tahun jerih-perih ia dirancang, maka pada 2 September 1989, muzium yang menjadi lambang pembangunan kebudayaan Negeri Selangor ini pun dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Sultan Selangor di mana istiadat perasmiannya dilakukan dengan penuh acara tradisi Melayu. Pentadbiran muzium ini diletakkan di bawah tanggungjawab Lembaga Muzium Selangor.

Bangunan[sunting | sunting sumber]

Bangunan muzium ini dibina di atas tanah seluas 12.95 hektar dan luas ruang lantainya ialah 41,538.46 meter persegi. Bangunan lima tingkat ini terdiri daripada dua tingkat ruang pejabat, tiga tingkat ruang pameran dan Dewan Pameran Daeng Menambun. Terdapat lima buah balai pameran iaitu Balai Sejarah, Balai Kebudayaan, Balai Sukan, Balai Warisan Alam Semulajadi dan Balai Islam serta Pameran Luar. Muzium ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti Pusat Sumber, Auditorium, Dewan Raja Lumu, Bilik Mesyuarat Daeng Perani dan Kemasik, Makmal Taksedemi dan Repositori.Pelbagai artifak dan bahan-bahan bersejarah dipamerkan mengikut zaman pra sejarah, selepas kemerdekaan dan zaman darurat.'Bot Jenderam ' yang ditemui di Kampung Jenderam Hilir, Sepang turut dipamerkan di sini.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Muzium Sultan Alam Shah, Persiaran Bandaraya, 40000 SHAH ALAM.

Masa[sunting | sunting sumber]

9.30 pagi- 5.30 petang

  • Ditutup pada hari isnin

Rujukan[sunting | sunting sumber]