MyIPO

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) ialah sebuah perbadanan yang bertanggujawab untuk membangun dan mengurus sistem harta intelek di Malaysia.[1] Ia telah diperbadankan pada 3 Mac 2003 oleh Perdana Menteri Malaysia. Tujuan perbadanan ini ialah mewujudkan satu badan berkanun yang dikawal selia oleh sebuah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi menguruskan permohonan pendaftaran seterusnya menyelia beberapa akta perlindungan bagi semua komponen harta intelek. MyIPO dianggotai oleh 8 anggota perbadanan yang berkuasa bagi membuat sebarang keputusan tertinggi dengan seorang ketua pengarah yang mempunyai kuasa eksekutif dengan bantuan dua timbalan ketua pengarah operasi dan harta intelek oleh menteri.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum tahun 1983, hak-hak harta intelek di Malaysia telah ditadbir oleh Pejabat Cap Dagangan dan Jaminhak. Pejabat ini kemudiannya telah ditukar namanya kepada Pejabat Cap Dagangan dan Paten dalam tahun 1983 dan telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Pada 27 Oktober 1990, Kementerian telah membuat penyusunan semula dan seterusnya Pejabat ini telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan ditukar nama kepada Bahagian Harta Intelek (BHI). Bahagian ini bertanggungjawab mentadbir Akta Paten 1983, Akta Cap Dagangan 1976 dan Akta Hakcipta 1987.

Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 telah mula dikuatkuasakan pada 1999, disusuli pada tahun 2000 dengan Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000. Seterusnya pada tahun 2001, Akta Petunjuk Geografi 2000 dikuatkuasakan.

Dalam menghadapi perubahan pembangunan harta intelek di peringkat domestik dan global, BHI telah dijadikansebuah badan berkanun pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) melalui berkuatkuasanya Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002.Perbadanan telah mengambil langkah penjenamaan semula apabila singkatan PHIM ditukar kepada MyIPO pada 3 Mac 2005 sempena Pelancaran Hari Harta Intelek Negara yang pertama.

[2] Pada 3 Mac 2003 ia dikenali dengan akronim PHIM dan ditukar kepada MyIPO pada 25 April 2005 agar lebih komersil dan bertaraf antarabangsa.[2]

Dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 iaitu Abdullah Ahmad Badawi sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara 2005 yang merupakan sambutan hari harta intelek yang pertama di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Ketua Pengarah MyIPO yang pertama ialah Encik Ismail Jusoh yang menjawat jawatan tersebut dari 3 Mac 2003 hinggalah 3 Mei 2005. Jawatan tersebut kemudian diambil alih oleh Tn. Hj. Shuib Md. Yusop (Datuk) sehingga Oktober 2007 dan kemudian sehingga kini dijawat oleh Encik Kamel Mohamad.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]