NAeL Minas Gerais

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Minas Gerais

NAeL Minas Gerais adalah sebuah kapal pengangkut pesawat ringan yang pernah digunakan oleh Tentera Laut Brazil. Dahulunya ia adalah bekas kapal pengangkut pesawat Kelas Colossus iaitu HMS Vengeance, yang telah dibina oleh United Kingdom semasa Perang Dunia II. Kapal ini telah dibeli oleh Brazil pada tahun 1956 dengan harga AS$9 juta. Brazil kemudian menamakan semula kapal ini sebagai Minas Gerais bersempena dengan nama tempat lahir Presiden Brazil, Juscelino Kubitschek.

Perolehan[sunting | sunting sumber]

Selepas mengembalikan kapal Vengeance yang dipinjam dari Australia pada 12 Ogos 1955, "Minas Gerais" kemudian dibeli oleh Brazil pada 14 Disember 1956. Ia telah dibaiki di Belanda dan dipasang dengan peralatan-peralatan persenjataan, manjanik stim dan dek penerbangan bersudut, struktur pulau dan radar buatan Amerika Syarikat yang baru.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]