Naaman bin Haji Mohd Rawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Nahmar Jamil adalah seorang penyair Malaysia yang berasal dari Perlis. Nama sebenarnya ialah Na'man bin Haji Mohd Rawi, lahir pada 4 April 1938 di Kampung Sena, Kangar, Perlis. Beliau mulai berkecimpung di dalam bidang penulisan apabila sajak pertamanya Aku ke Sekolah disiarkan dalam Utusan Kanak-Kanak pada 1954 ketika berusia 16 tahun.

Beliau telah menghasilkan 9 buah kumpulan puisi, enam kumpulan cerpen, empat novel, lima buku agama, dua novel kanak-kanak, dua antologi cerpen terjemahan, empat novel terjemahan dan empat buku cerita kanak-kanak terjemahan.Beliau adalah tokoh Maal Hijrah Negeri Perlis 1998 dan salah seorang dari tokoh pengasas Persatuan Penulis Perlis 2002.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Hadiah Pertama dalam Peraduan Menulis Puisi anjuran Kesatuan Guru-guru Perak.
  2. Hadiah Karya Sastera 1971 puisi Ku cuba bunuh Engkau.
  3. Tempat ke-3 dalam Peraduan Menulis Cerpen anjuran Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1959).

Hasil karya[sunting | sunting sumber]

  1. Mengetuk pintu langit : kumpulan puisi : DBP, 2011.
  2. Tembok tidak berpintu : DBP, 2009.
  3. Angin perubahan : DBP, 1996.
  4. Mufarik : Kumpulan Karangkraf, 1996.
  5. Celoteh angin malam : Pustaka Prinsip, 1996.
  6. Pertarungan abadi : Pustaka Prinsip, 1995.
  7. Mujahid muda : DBP, 1993.
  8. Sidang puncak iblis / terjemahan Nahmar Jamil : Media Ehsan, 1990.
  9. Titisan hujan di negeriku titisan rindu : DBP, 1989.
  10. Ragam wanita : membongkar peribadi kaum Hawa : Penerbitan Keramat, 1989.
  11. Angin menyongsong pulang / Nahmar Jamil, Norhisham Mustafa.:Teks Publishing, 1988.
  12. Mengenal perwatakan Yahudi / Nahmar Jamil: Pustaka Al-Mizan , 1987
  13. Masrur dan Makrur: Marwilis Publisher & Distributors Sdn. Bhd., 1987.
  14. Negeri tercantik : kumpulan sajak : DBP, 1986.
  15. Catatan tiga kota : DBP, 1986.
  16. Indera II / diselenggarakan oleh Nahmar Jamil.:Teks Publishing, 1985.
  17. Sahabat bernama Rahman : Teks Publishing, 1985.
  18. Pohon-pohon hijau : puisi pilihan 1956-1965 : DBP, 1974.
  19. Negeri tercantik. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]