Naga Jawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Naga Jawa dalam gambaran wayang kulit

Naga Jawa adalah sebuah makhluk mitos Jawa yang berbentuk ular besar sebagai perwujudan dari salah satu makhluk penguasa ghaib. Dalam cerita bangsawan dikenal ular Naga yang menjadi dewa bernama Sanghyang Naga Antaboga atau Anantaboga yang konon sebagai dewa penjaga di dalam perut bumi.

Perwujudan[sunting | sunting sumber]

Naga Jawa digambarkan sebagai sesosok makhluk sakti berbentuk ular raksasa yang tidak mempunyai kaki walaupun adakala diwujudkan mempunyai kaki. Naga Jawa memakai badhog atau mahkota di atas kepalanya. Terkadang Naga Jawa digambarkan juga memakai perhiasan anting dan kalung emas.

Tidak seperti Naga Cina mahupun Naga Eropah, paparan Naga Jawa sangat unik dan khas kerana naga Jawa memakai mahkota layaknya raja serta tidak mempunyai kaki. Berbanding dengan Naga cina mempunyai empat kaki dan misai di atas mulutnya, sedangkan paparan Naga Eropah lebih mirip dengan cicak gergasi berleher panjang yang mempunyai sayap lebar.

Dalam kesenian rakyat kita juga sering melihat bentuk ukiran yang berbentuk ular Naga yang tertera pada gantungan dari kayu yang digunakan untuk menggantung gamelan dalam keadaan mulutnya terbuka lebar dengan lidah bercabang yang menjulur keluar.

Selain itu benda-benda pusaka yang berbentuk keris banyak yang menggunakan nama ular Naga ini. Seperti keris Naga runting, keris Naga Ransang, keris Naga Sasra dan lain sebagainya. Keris tersebut dinamakan naga kerana memang bentuk bilah keris yang melengkung menyerupai ekor naga.

Referensi[sunting | sunting sumber]

  • Susanne Rodemeier: Lego-lego Platz und naga-Darstellung. Jenseitige Kräfte im Zentrum einer Quellenstudie über die ostindonesische Insel Alor. (Magisterarbeit 1993) Universität Passau 2007
  • Heinrich Zimmer: Indische Mythen und Symbole. Diederichs, Düsseldorf 1981, ISBN 3-424-00693-9.