Naga Vietnam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jata Vietnam Selatan, 1955-1975.

Naga Vietnam (Bahasa Vietnam: rồng / long ) merupakan makhluk yang simbolik dalam budaya rakyat dan mitos Vietnam. Menurut satu kisah mitos penciptaan, bangsa Vietnam adalah keturunan seekor naga dan seekor pari-pari.

Masyarakat Vietnam tradisional percaya bahawa naga mendatangkan hujan yang penting untuk pertanian. Makhluk ini juga melambangkan maharaja, kemakmuran dan kekuasaan bangsa. Seperti dengan naga Cina, naga Vietnam merupakan lambang tenaga yang yang melambangkan alam semesta, kehidupan, kewujudan dan pertumbuhan.

Naga Vietnam kini jarang ditemui dalam sebarang rujukan, disebabkan perubahan besar dalam sejarah yang mengiringi proses pencinaan Dinasti Nguyễn.

Naga Asia yang lain[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]