Naga babi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Artifak yang berbentuk naga babi.

Naga babi (Cina ringkas: 猪龙Cina tradisional: 豬龍pinyin: zhū lóng) ialah sejenis artifak buatan jed dari China zaman Neolitik. Naga babi ini merupakan bentuk seakan haiwan dengan kepala umpama babi dan badan yang panjang dan tidak berkaki melingkari kepala itu, sehingga disifatkan berbentuk seakan-akan janin.[1] Naga babi yang awal lebih tebal, pendek dan gemuk; manakala contoh-contoh yang lewat pula lebih anggun dan berbentuk seakan-akan ular.

Patung naga babi dihasilkan oleh kebudayaan Hongshan dan sering dijumpai sebagai hiasan kubur.[2] Turut dijumpai adalah tulang babi yang dikebumikan di samping manusia di tapak-tapak perkuburan Hongshan, maka membayangkan bahawa haiwan tersebut membawa makna penuh istiadat.

Adalah dipercayai bahawa naga babi ini merupakan gambaran sulung buat naga Cina. Aksara bagi "naga" dalam tulisan Cina terawal mempunyai bentuk melingkar yang serupa dengan itu, begitu juga dengan tangkal-tangkal naga buatan jed dari zaman dinasti Shang.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Childs-Johnson, Elizabeth (1991). "Jades of the Hongshan culture: the dragon and fertility cult worship". Arts asiatiques. 46: 82–95. Dicapai pada 14 July 2011.
  2. ^ Howard, Angela Falco, et al. (2006). Chinese Sculpture, pp. 21-22. Yale University Press. ISBN 0300100655.
  3. ^ Salviati, Filippo (2002). The Language of Adornment: Chinese Ornaments of Jade, Crystal, Amber and Glass, Fig. 17. Ten Speed Press. ISBN 1580085873.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]