Nagaoka-kyō

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Chōdō-in ( 朝堂院) di Nagaoka-kyō (model pembinaan semula)

Nagaoka-kyō (長岡京?) ialah ibu negara Jepun dari tahun 784 hingga 794. Lokasinya dikatakan berada di Daerah Otokuni, Wilayah Yamashiro, dan Nagaokakyō, Kyoto, yang mengambil namanya dari bandar ini. Sebahagian daripada ibu negara ini kini ialah kawasan bandar Nagaokakyō, sementara bahagian lain adalah Mukō dan Nishikyō-ku, kedua-duanya di bandar Kyoto.

Pada tahun 784, Maharaja Kammu memindahkan ibukota dari Nara (yang digelar Heijō).Menrut buku Shoku Nihongi, sebab-sebab beliau memindahkan ibukota terbabit adalah untuk memudahkan pengangkutan dan laluan air. Penerangan lain juga turut diberi, termasuk untuk melepaskan diri daripada kekuasaan pendeta-pendeta ajaran Buddha,dan menyokong imigran dimana ibunya yang berketurunan imigran.

Pada 785, pentabir ibukota baru, Fujiwara no Tanetsugu, telah dibunuh.Abang maharaja, Putera Sawara, telah terlibat, dibuang ke Awaji,dan mati dalam perjalanan ke sana.

Pada 794, Maharahaja Kammu memindahkan ibukota ke Heian (bahagian tengah Kyoto pada masa kini). Sebab pemindahan ini adlah banjir besar; penyaki yang disbebakan banjir, memberi kesan terhadap pemaisuri dan putera mahkota; dan ketakutukan terhadap roh mendiang Putera Sawara.

Pengalian dilakukan bermula pada 1954 membongkarkan pintu gerbang penempatan maharaja yang masih tertinggal.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Heijō-kyō
Ibu negara Jepun
784–794
Diikuti oleh:
Heian-kyō