Najwa Latif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Najwa Latif

Ketika Separuh Akhir Muzik-Muzik 26
Latar belakang
Nama lahir Imratul Najwa binti Abdul Latif
Genre Pop, Soft rock, Pop rock, R&B,
Pekerjaan Penyanyi, Penulis lagu,
Tahun aktif 2011 – kini
Laman web [1]

Najwa Latif atau nama penuhnya Imratul Najwa Binti Abdul Latif merupakan seorang penyanyi, dan pencipta lagu dari Malaysia. Beliau mulai terkenal menerusi lagu - lagu ciptaan beliau yang diletakkan dalam sebuah laman video, YouTube. Beliau mencipta kejutan pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 apabila lagu beliau, Cinta Muka Buku layak ke pusingan akhri Anugerah Juara Lagu 26.

Imratul Najwa Binti Abdul Latif [1]dilahirkan pada 23 Mei 1995 di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor.[2]

Beliau kini telah berjaya melahirkan sebuah mini album berjudul Najwa Latif[3]Sehingga Mac 2013, Najwa berjaya mengekalkan kedudukan konsisten dalam radar muzik Malaysia apabila kesemua single yang dikeluarkan sejak debut berjaya menduduki tangga pertama carta utama seperti Radio Era dan Radio Hot. Lagu beliau yang menjadi juara (mengikut turutan) adalah Cinta Muka Buku (Ogos-September 2011), Carta Hati (Februari - April 2012), Kosong (April-Jun 2012), Untuk Dia (Jun - Ogos 2012), Adamu (November 2012) dan Sahabat (Februari-Mac 2013). Lagu Untuk Dia dendangan bersama kumpulan Sleeq masih menjadi lagu Melayu paling banyak ditonton sehingga kini iaitu mencecah 13 juta views. Pada tahun 2013, single terbarunya yang berjudul AdaMu telah dimuatkan dalam tema lagu drama Setia Hujung Nyawa.


Kontrovesi anak derhaka 2012[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Oktober 2012, , Abdul Latif Ismail, bapa Najwa sendiri telah menghubungi Berita Harian dan mendakwa dia telah diabaikan termasuk mengeluarkan kenyataan ".....“Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka!.....".[4] Ketika diwawancara kemudiannya, Najwa menjelaskan bahawa ibu dan bapanya memang sudah bercerai tetapi enggan mengulas lebih lanjut dengan alasan mengelak jaja kisah peribadi. [5]

Berjaya[sunting | sunting sumber]

Mendapat 4A daripada sembilan mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu,Najwa merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim bagaimanapun tidak hadir bagi mengambil slip keputusan itu.Keputusan SPM Najwa diambil oleh kakaknya, Syafikah yang hadir seorang diri dengan membawa kad pengenalan adiknya sebagai bukti. Najwa Latif memberitahu perancangan masa depannya, dia berhasrat menyambung pengajiannya dalam bidang pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) kerana bercita-cita menjadi pensyarah suatu hari nanti. [6]

Diskografi[sunting | sunting sumber]


Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Anugerah Juara Lagu Finalis "(Cinta Muka Buku)" Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Artis Baru Wanita Popular Dicalonkan
Artis Wanita Paling Popular Online Dicalonkan
Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan
2012 Anugerah Planet Muzik Ikon Media Baru Dicalonkan
Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita) "(Cinta Muka Buku)" Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Artis Duo / Berkumpulan Popular "(dengan Sleeq)"[7] Dicalonkan
Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan
Artis Wanita Stailo Dicalonkan
Artis Berpengaruh di Laman Media Sosial Dicalonkan
Gandingan di Layar Serasi "(dengan Sleeq)" Dicalonkan
Artis Asia Paling Popular Dicalonkan
2013 Anugerah Planet Muzik Kolaborasi Terbaik (bersama Syamkamarul & Sleeq untuk "Sahabat") Menang
Ikon Media Sosial Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]