Nakhon Si Thammarat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nakhon Si Thammarat
นครศรีธรรมราช
Wilayah
Phra Boromathat Chedi atau Phra That Nakhon

Lambang
Kedudukan Nakhon Si Thammarat di Thailand
Berdaulat  Thailand
Ibu kota Nakhon Si Thammarat
Kerajaan
 • Gabenor Thira Minthrasak (since October 2009)
Keluasan
 • Jumlah 9,942.5 km2 (3,838.8 sq mi)
Kedudukan keluasan ke-18
Populasi (2000)
 • Jumlah 1,519,811
 • Kedudukan ke-5
 • Kepadatan 150/km2 (400/sq mi)
 • Kedudukan kepadatan ke-21
Zon waktu Waktu Piawai Thailand (UTC+7)
Kod ISO 3166 TH-80

Nakhon Si Thammarat (atau nama ringkasnya Nakhon, Bahasa Thai: นครศรีธรรมราช) ialah sebuah wilayah (changwat) yang terletak di selatan Thailand, di pantai timur Teluk Thailand. Ia berjiran dengan (ikut arah jam mulai selatan) Songkhla, Phatthalung, Trang, Krabi dan Surat Thani.

Nama wilayah ini berasal dari bahasa Pali-Sanskrit, iaitu Nagara Sri Dhammaraja (Kota Raja Dharma yang Suci).

Geografi[sunting | sunting sumber]

Wilayah ini terletak di pantai Teluk Thailand di sebelah timur Semenanjung Tanah Melayu. Sebahagian besar rupa buminya merupakan kawasan hutan yang berceranggah dan berbukit-bukau. Di wilayah ini letaknya puncak tertinggi di rantau selatan Thailand, iaitu Khao Luang pada 1,835 m yang kini terlindung di taman negara Khao Luang.

Kuil Tiang Kota Si Thammarat

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada zaman dahulu, kawasan sekitar Nakhon Si Thammarat merupakan jajahan negara Srivijaya mulai abad ke-3. Menurut Prasasti Ramkhamhaeng, ia merupakan salah satu jajahan Sukhothai. Selepas Sukhothai jatuh, ia jatuh dalam tangan kerajaan Ayutthaya dan dijadikan salah sebuah negara ufti atau wilayah kelas pertamanya.

Ekoran pembaharuan pentadbiran thesaphiban, negeri ini disepadukan dengan negara Thai state dan dijadikan Monthon Nakhon Si Thammarat. Setelah mansuhnya sistem monthon pada tahun 1932, wilayah yang meliputi bahagian-bahagian pusat bekas negeriitu dijadikan sebuah bahagian pentadbiran peringkat tertinggi di Thailand.

Lambang[sunting | sunting sumber]

Mohor wilayah Nakhon Si Thammarat menampilkan candi Phra Baromathat dari Wat Phra Mahathat Voramahavihan, salah sebuah tapak bersejarah yang terpenting di Thailand selatan. Menurut naskhah-naskhah riwayat kota, ia sudah wujud sejak tahun 311, tetapi hasil kaji purba hanya mendapatinya wujud seawal abad ke-13. Rajah candi tersebut dikelilingi oleh 12 haiwan dalam zodiak Cina dalam mohor tersebut yang setiap satunya melambangkan 12 buah kota Naksat atau negeri ufti (termasuk tiga negeri Melayu yang kini menganggotai Malaysia) kepada kerajaan Nakhon Si Thammarat, iaitu:

Bunga wilayah ialah Kayu Raja (Cassia fistula), sementara pokok wilayah ialah Pokok Tulang Daing (Millettia atropurpurea).

Cogan kata wilayah Nakhon Si Thammarat ialah เมืองประวัติศาสตร์ พระธาตุทองคำ ชื่นฉ่ำธรรมชาติ แร่ธาตุอุดม เครื่องถมสามกษัตริย์ มากวัดมากศิลป์ ครบสิ้นกุ้งปู , yang berterjemah Bandar bersejarah, Phra That emas, banyak bahan galian, hasil nielo berlogam tiga, berbilang kuil, kaya dengan kerang-kerangan.