Nanu Baharudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nanu Baharudin
Kelahiran
Sabaranu binti Baharudin

(1969-11-19) 19 November 1969 (umur 54)
PekerjaanPelakon, peragawati, pengacara TV, penerbit
Tahun aktif1992–kini

Sabaranu Baharudin (lahir 19 November 1969) yang lebih dikenali sebagai Nanu Baharudin ialah seorang pelakon, pengacara TV dan peragawati Malaysia.[1] Beliau berasal dari keluarga berdarah seni, terutama neneknya pelakon Zaharah Agus dan datuknya M. Suki. Ibunya juga merupakan seorang pelakon iaitu Nurainimuti.[2]

Beliau pernah 3 kali dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) di Festival Filem Malaysia menerusi filem Perempuan Melayu Terakhir, Cinta dan 1957: Hati Malaya. Menerusi filem Imigran pula, beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (FFM).

Sejak 2000, Nanu banyak terbabit dengan drama TV dari Pesona Pictures selain daripada filem Pontianak Harum Sundal Malam. Pontianak Harum Sundal Malam adalah filem keempat Nanu setelah Rimba Malam, Imigran dan Perempuan Melayu Terakhir. Filem Rimba Malam yang melayakkan Nanu merangkul anugerah Bintang Harapan dulu.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1992 Rimba Malam Jasmin Pelakon pembantu
Anugerah Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia[1]
1993 Imigran Faridah Sudiro Pelakon utama
Dicalonkan—Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia
1999 Perempuan Melayu Terakhir Zulaika Pelakon pembantu

Dicalonkan—Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia

2004 Pontianak Harum Sundal Malam Laila Pelakon pembantu
2005 Pontianak Harum Sundal Malam II
2006 Cinta Dyan Dicalonkan—Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia
2007 1957: Hati Malaya Datin Sharifah Rodziah Pelakon pembantu

Dicalonkan—Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia

Waris Jari Hantu Kasma Pelakon pembantu
2008 Congkak Sufiah Pelakon utama
2010 Semerah Cinta Stilleto Datin Fairuz Pelakon pembantu
2011 Haq Zahra Pelakon utama, sebagai penerbit bersama
2022 Spilt Gravy on Rice IPGM Pelakon undangan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1995-1996 Sambal Bedah TV3
1998 Dayana
2004 Mama Paparazzi TV3
2005 Simbiosis
Biarku Sentuh Cintamu Karina
2006 Marikas
2007 Susuk (Musim 1) Pelakon undangan
Anak Pontianak Laila Pelakon undangan
Kaizer
2009 Kasut Tumit Tinggi Sofia Astro Prima
Kecuali Cintamu Zalikha
Waris Kasma TV2 Pelakon undangan
2010 Spa Qistina Qistina Astro Box Office Menggantikan pelakon asal Norish Karman
2011 Sahara Sahara TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Andai Itu Takdirnya TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2005 Bersamamu Pengacara TV3 bersama Rosyam Nor dan Fifi.
2008 Perjalanan Kami Bersamamu Artis jemputan bersama Rosyam Nor

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Murai tidak disediakan
  2. ^ Nanu - Katalah apa saja Diarkibkan 2018-10-14 di Wayback Machine Utusan Malaysia (16 Mei 2004). Dicapai pada 27 November 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]