Kan Naoto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Naoto Kan)
Lompat ke: pandu arah, cari
Naoto Kan
菅 直人
Naoto Kan cropped KAN Naoto 2007.jpg

Tempoh jawatan
4 Jun 2010 – 2 September 2011
Raja/Ratu Akihito
Didahului oleh Yukio Hatoyama
Diganti oleh Yoshihiko Noda

Penyandang
Tempoh jawatan 
22 Jun 1980
Kawasan pilihan raya Daerah ke-18 Tokyo

Lahir 10 Oktober 1946 (67 tahun)
Ube, Jepun
Parti politik Parti Demokratik
Alma mater Institut Teknologi Tokyo
Religion Buddhism[1][2][3][4]
Laman web Official website

Naoto Kan (Bahasa Jepun: 菅 直人 Kan Naoto, lahir 10 Oktober 1946) ialah seorang ahli politik Jepun yang dilantik sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti Demokratik Jepun pada 5 Jun 2010, menggantikan tempat Yukio Hatoyama yang meletak jawatan.[5] Pada 26 Ogos 2011, Kan mengumumkan perletakan jawatannya.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Naoto Kan lahir di Ube City , Wilayah Yamaguchi sebagai anak pengusaha. Kan lulus pada tahun 1970 dari Tokyo Institute of Technology . Kan meminati selam skuba dan memperjuangkan alam sekitar .

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kan membuka pejabat hak cipta / paten pada tahun 1974. Dia aktif dalam gerakan sosial dan alam sekitar.

Pada mulanya beliau kalah dalam 3 pilihan raya walaupun aktif semasa mudanya. Dia memenangi kerusi di majlis rendah pada tahun 1980 sebagai ahli Persekutuan Sosialis Demokratik (SDF).1996 ketika menjadi Menteri kesihatan dia memperjuangkan tentang bahaya penyebaran darah HIV dan hemophilia.

Pada tahun 1998, gambarnya dikaitkan dengan penyiar televisyen dan perunding media, Yuuko Tonomoto.Dia juga gagal membayar caruman pencen selama 10 bulan (1998). Ekoran itu, di telah membotakkan kepala , memakai jubah sami Buddha dan pergi ke 88 buah tokong sekitar Jepun.

Pada bulan Julai 2003, DPJ dan Parti Liberal yang diketuai oleh Ozawa Ichiro bersetuju untuk membentuk sebuah parti pembangkang .

Dalam pilihanraya 2003 , antara LDP-kumpulan penguasa dan DPJ, Kan dilihat sebagai calon alternatif menggantikan Perdana Menteri Jepun Junichiro Koizumi . Wajahnya digunakan sebagai iklan kempen melawan LDP.

Tahun 2004, Kan dipaksa mengundurkan diri .Pada 10 Mei 2004, beliau secara rasmi mengumumkan pengunduran dirinya dan membuat Ziarah Shikoku . Pengunduran itu emi menjaga imej DPJ.

Oktober 2005, beliau menubuhkan "Dankai (baby boomer) Party. Tapi itu hanya sementara kerana Yukio Hatoyama melantik beliau sebagai Menteri Kewangan yang baru.

Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Naoto Kan (63) adalah Menteri Kewangan di bawah Hatoyama dan adalah Perdana Menteri ke-6 dalam tempoh empat tahun. Beliau bukanlah daripada dinasti politik dalam tempoh 14 tahun.

Dalam pemilihan Dewan Perwakilan, Kan memperoleh 313 undi daripada 477 undi, dan ketua Parti Liberal Demokratik, Sadakazu Tanigaki mendapat 116 undi.Dewan Senat pula mengesahkan Kan sebagai Perdana Menteri dengan 123 daripada 237 undi.Kan mengalahkan Shinji Tarutoko dalam undian pada 4 Jun 2010.

Tugas utama beliau ialah menyelesaikan isu Okinawa, beban hutang Jepun, kelembapan ekonomi dan penduduk yang semakin berumur dan mengecil jumlahnya. Pilihan raya dewan tertinggi parlimen akan diadakan pada Julai 2010. Kabinet Hatoyama meletakkan jawatan secara beramai-ramai telah menimbulkan krisis keyakinan di kalangan rakyat.

Jepun akan membangun bersama kawasan Asia yang pesat membangun, terutama negara China, India dan Vietnam. Krisis kewangan Greece di Eropah menjadi fokus - cukai dan kemelesetan ekonomi (deflasi). [6]

Hubungan Amerika - Jepun[sunting | sunting sumber]

Jepun tertekan dengan permintaan Amerika agar pangkalan tentera Amerika Syarikat di Futenma, Pulau Okinawa dikekalkan sahaja bagi menghadapi saingan daripada Korea Selatan, China dan Rusia. Korea Selatan akan lebih selamat.[7]

Umumnya Kan menentang penghantaran tentera Jepun ke Iraq.

Pilihan raya 2010[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya dewan tertinggi parlimen akan diadakan pada Julai 2010. Jika tidak berhati-hati parti DPJ akan tewas kepada LDP semula . Manifesto DPJ jelas mahu 'mengusir' tentera Amerika di Okinawa.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Hobinya adalah menyelam skuba, permainan go , shogi dan mahjong . Isteri dan dua anak tinggal di Tokyo. Permainan Go adalah permainan tradional yang terkenal di Jepun , China dan Korea Selatan.

Kan digelar 'Ira-Kan' atau 'rewel-Kan' kerana cepat marah . dia mahu seni bela diri Jepun diketengahkan ke seluruh dunia.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

House of Representatives of Japan
Gelaran Baru Wakil Daerah ke-18 Tokyo
1996–kini
Pemegang jawatan kini
Jawatan politik
Didahului oleh
Hirohisa Fujii
Menteri Kewangan
2010
Diikuti oleh:
TBD
Didahului oleh
Yukio Hatoyama
Perdana Menteri Jepun
2010–kini
Pemegang jawatan kini
Jawatan parti politik
Gelaran Baru Ketua Parti Demokratik
1996–1997
Berkhidmat bersama: Yukio Hatoyama
Diikuti oleh:
Diri sendiri
Didahului oleh
Yukio Hatoyama
Ketua Parti Demokratik
1997–1998
Gelaran Baru Presiden Parti Demokratik
1998–1999
Diikuti oleh:
Katsuya Okada
Didahului oleh
Tsutomu Hata
Setiausaha Agung Parti Demokratik
2000–2002
Diikuti oleh:
Kansei Nakano
Didahului oleh
Yukio Hatoyama
Presiden Parti Demokratik
2002–2004
Diikuti oleh:
Katsuya Okada
Didahului oleh
Yukio Hatoyama
Presiden Parti Demokratik
2010-2011
Diikuti oleh:
Yoshihiko Noda