Naser Jason Abdo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Naser Jason Abdo merupakan seorang tentera muslim dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Naser berasal dari kawasan Dallas berusia 21 tahun.

Ditangkap memiliki alatan membuat bom[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Julai 2011, beliau ditangkap di sebuah motel di Killeen, berhampiran pangkalan tentera Fort Hood, Texas kerana mempunyai materi membuat bom, dan artikel jihad. Akhbar The Guardian melaporkan dia memiliki materi ledakan mesin gun tanpa asap(?).

Sejak 4 Julai dia menghilangkan diri dari Fort Campbell, Kentucky. Dua tentera lain turut ditangkap setelah mendapat maklumat.

Sejak 2010, namanya diperhatikan kerana enggan menyertai kerahan tenaga tentera Amerika Syarikat ke Iraq atau Afghanistan dengan alasan standard Islam melarang berbuat demikian. Tetapi ditahan kerana kesalahan lain iaitu aktiviti pornografi kanak-kanak di Kentucky.[1]

Fort Hood adalah tempat tembakan maut pada 5 November 2009 yang membunuh 13 orang dan 23 yang lain cedera. Nidal Malik Hasan seorang mejar Tentera Darat Amerika Syarikat bertindak tekad berkemungkinan terpengaruh dengan idea-idea Anwar al-Awlaki.

Rujukan[sunting | sunting sumber]