Nasi Lemak Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nasi Lemak Antarabangsa
Industri Makanan
Ditubuhkan 1970-an (asal), 1980-an – 2000 (berkembang)
Pengasas Puan Normi Tandoh
Produk Nasi lemak
Laman web www.antarabangsa.my

Nasi Lemak Antarabangsa ialah satu syarikat atau restoran francais makanan Melayu yang menyajikan makanan yang amat popular di Malaysia, iaitu nasi lemak.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1970-an[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1973, Puan Normi Tandoh, pengasas perniagaan Nasi Lemak Antarabangsa mengambil langkah memulakan perniagaan nasi lemak di Kampung Baru yang ketika itu merupakan kawasan perumahan orang Melayu. Bermula dengan menanak beberapa kilogram beras, perniagaannya terus berkembang dari setahun ke setahun.

1980-an[sunting | sunting sumber]

Dari menanak kira-kiri 5 kilogram beras sehari pada awal 70-an, Puan Normi perlu memasak sehingga 50 kilogram beras sehari untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin mengenali kedainya. Keenakan nasi lemak Puan Normi terus mendapat sambutan masyarakat pelbagai kaum yang membuka hati ibu kepada enam anak itu untuk menamakan gerainya Nasi Lemak Antarabangsa. Nama itu dipilih bagi menghargai seorang juruterbang MAS ketika itu yang gemar membeli nasi lemak tersebut untuk dibawa ke luar negara setiap kali dia bertugas.

1990-an[sunting | sunting sumber]

Keenakan nasi lemak Normi mula mendapat perhatian media apabila Harian Metro menjadi akhbar pertama menulis mengenai kehebatan Nasi Lemak Antarabangsa. Sejak itu, nama Nasi Lemak Antarabangsa bukan saja terus tersebar menerusi buah mulut orang ramai tetapi juga menerusi liputan media cetak dan eletronik.

Tahun 1990-an juga menyaksikan perubahan drastik dalam waktu perniagaan Puan Normi. Sejak memulakan perniagaaan pada tahun 1973, beliau mula berniaga dari pukul 6 pagi hingga sebelum tengahari. Tetapi atas permintaan para pelanggannya, pada bulan Ramadhan 1994, beliau telah mengubah waktu perniagaan dari 6 petang sehingga 10 malam yang kemudiannya dilanjutkan ke pukul 11 pagi keesokan harinya.

Alaf baru 2000[sunting | sunting sumber]

Alaf baru membawa banyak pembaharuan kepada perniagaaan Puan Normi. Namun abad ke-21 itu bermula dengan kemerosotan perniagaannya berikutan pembukaan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan menyebabkan ramai kakitangan kerajaan tidak lagi datang ke gerainya.

Namun lapan tahun memasuki alaf baru, beliau menyaksikan sendiri sesuatu yang tidak pernah diimpikannya, pembukaan sebuah restoran Nasi Lemak Antarabangsa berkonsepkan kafe. Tarikh bersejarah, 22 Disember 2008, restoran sulung Nasi Lemak Antarabangsa yang terletak di Danau Kota dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Noh bin Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Menu[sunting | sunting sumber]

Variasi Nasi Lemak[sunting | sunting sumber]

  • Nasi lemak Biasa (Di hidang bersama Sambal, Kacang,Ikan Bilis, timun dan telur)
  • Nasi lemak paru goreng
  • Nasi lemak sambal kerang
  • Nasi lemak sambal sotong
  • Nasi lemak sambal udang petai
  • Nasi lemak ayam goreng berempah
  • Nasi lemak rendah ayam
  • Nasi lemak ayam masak merah
  • Nasi lemak rendang daging

Menu lain[sunting | sunting sumber]

Nasi Lemak Antarabangsa juga menyediakan menu masakan lain, seperti:-

Sup[sunting | sunting sumber]

  • Sup Tulang rawan
  • sup bebola ikan

Mee[sunting | sunting sumber]

  • Mee Goreng
  • Kuey Teow Goreng
  • Kuey Teow sup bebola ikan
  • Mee rebus
  • Mee kari
  • Laksa

Di sebalik tabir[sunting | sunting sumber]

Pengasas, Puan. Normi Tandoh Haji Mazlan and Co. Encik. Saiful Azli Sufian Encik. Hafez from OK Traders Encik. Ameer Khan from Capital Magna Shaha Corporation Management & team Shaha Resources Sdn. Bhd.

Konsep dan komunikasi Mr. Kamarul Baharin Hj Khalid Encik. Zul Fadzli Encik. Khirzeri Ahmad Encik. Hasnan Hamzah Encik. George Miranda Red Snaper Sdn. Bhd.

Cawangan[sunting | sunting sumber]

  • Ampang Point, KL
  • Ampang Park, KL
  • Taman Melati, KL
  • AU2, Jusco, KL
  • Kota Damansara, KL
  • Puchong, Selangor
  • Kota Kinabalu, Sabah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]