Nasi goreng USA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nasi goreng U.S.A
Rupa nasi goreng USA yang sebenar
JenisNasi Goreng
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauAsia Tenggara
Masakan berkaitanMalaysia
Bahan utamanasi, ayam, sotong, udang
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nasi goreng USA ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal kerana berbunyi seakan-akan masakan barat. Nasi goreng USA sering dikelirukan dengan Nasi goreng Amerika namun asalnya Nasi goreng USA adalah singkatan kepada Nasi Goreng Udang, Sotong dan Ayam.[1]Nasi goreng USA adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng di Malaysia.

Ini menyebabkan kebanyakan Nasi goreng USA yang dijual di kedai-kedai makan terutamanya di kedai Tomyam adalah bukan nasi goreng USA yang sebenar, tetapi Nasi goreng Amerika. Setelah dikaji, kekeliruan ini muncul akibat peniaga Melayu dari Selatan Thailand telah menyalah tafsir nasi goreng USA di Malaysia sebagai hidangan dari Thailand yang dikenali dengan nama "Khao Pad American" atau "American Fried Rice".

Hal ini menyebabkan masakan ini sukar didapati di warung-warung dan restoran masyarakat Melayu Malaysia harini terutama di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia namun masakan ini tidak mengalami kekeliruan di Utara Semenanjung seperti di beberapa kawasan Pulau Pinang yang menyediakan masakan nasi goreng USA yang sebenar. Namun masakan nasi goreng USA ini masih boleh didapati dengan istilah nasi goreng seafood yang mana ianya mengunakan bahan-bahan seakan sama namun sedikit berbeza.

Jenis masakan[sunting | sunting sumber]

Jelas pada menunya, bahan asas untuk masakan ini ialah kepada penggunaan nasi goreng. Lazimnya, nasi goreng tersebut hanyalah mempunyai ramuan lazim iaitu perencah utama seperti bawang, pes rencah dan sedikit sayuran. Walau bagaimanapun, penggunaan udang, sotong dan ayam dalam hidangan yang membezakan nasi goreng ini dengan nasi goreng yang lain.

Kepelbagaian jenis nasi goreng ini bergantung kepada tukang masak itu sendiri.

Hidangan[sunting | sunting sumber]

Nasi goreng USA secara lazimnya dihidang bersama hirisan timun dan telur goreng. Terdapat juga yang dihidangkan bersama beberapa racik daun selada, hirisan tomato ataupun keropok, bersama sos atau sambal. Ada juga yang meletakkan sup sebagai sampingan yang lazimnya dikaitkan dengan nasi ayam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]