Nasi kucing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nasi kucing dengan langgi

Nasi kucing atau "segÄ kucing" dalam bahasa Jawa bukanlah suatu menu tertentu (nasi yang dimakan kucing) tetapi lebih pada cara menghidangkan nasi bungkus yang banyak ditemukan pada warung angkringan. Dinamai "nasi kucing" kerana dihidangkan dalam hidangan yang (sangat) sedikit, seperti menu untuk makan kucing. Ini adalah sejenis nasi rames, dengan berjenis-berjenis menu: tempe kering, teri goreng, sambal goreng, babat, bandeng, dan lain-lain lagi. Nasi yang dihidangkan adalah nasi biasa ataupun nasi gurih (nasi uduk).

Nasi kucing dikenali di berbagai-bagai tempat di Jawa Tengah dan Yogyakarta dan popular di kalangan mahasiswa. Harga untuk sebungkus nasi kucing pada masa ini Rp 500, dengan pilihan isi nasi serta sambal dan ikan teri, atau nasi serta tumis tempe/ kacang panjang, manakala untuk gorengan seperti tempe tepung ataupun taufu, harganya Rp 300 sebungkus. Terdapat lauk yang khas yang dikenali sebagai ceker yang merupakan olahan kaki ayam dan yang berharga Rp 500.

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain