Nasi uduk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nasi uduk asas; dari sebuah kedai di Belanda
Nasi uduk di Indonesia

Nasi uduk ialah sejenis hidangan nasi kukus gaya Indonesia yang berasal dari Jakarta, ibu negara Indonesia, yang dapat ditemu secara luas sepanjang negara itu. Ia diperbuat dengan memasak nasi dengan santan, cengkih, kayu manis, dan serai. Nasi uduk sentiasa disertakan dengan emping, empal, ayam goreng kuning, dan bawang merah goreng ditabur di atas nasi. Sebagai tambahan, kuah kacang sejuk adalah suatu yang harus.

"Nasi Uduk", secara harfiah bermakna "Nasi Campur", merupakan suatu hidangan masyhur untuk pengulang-alik sibuk ibu negara Jakarta, oleh kerana ia mampu dibeli (satu hidangan berharga Rp. 5000- atau hampir RM 2) dan mudah didapati. Ia dapat ditemukan di sepanjang hari, sesetengah gerai tepi jalan dibuka secara eksklusif pada waktu pagi, tengah hari, atau malam, bergantung pada demografi kawasan persekitaran. Gerai terletak berhampiran sekolah biasanya dibuka pada waktu tengah hari, sementara yang berhampiran dengan pejabat dibuka pada waktu malam.

Ada juga hidangan mirip di Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand Selatan digelar nasi lemak.[1]

[sunting] Rujukan

  1. Cultural conundrum TheStar Online
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain